Aug 31, 2010

Step Up 3D Memang Super!!


Aku baru balik dr tgk wyg kat KLCC dgn kwn2 aku.mula2 kami nak plan nak buka puasa je tp tiba2 pulak nak tgk wyg.memandangkan waktu buka lmbt lagi jd kami pg la berbaris nak tgk wyg.

Plan mmg nk tgk Step Up tp bkn 3D sbb x plan pun.nnti menyesal pulak.bila berbaris je tiket sold out.kami pun terpaks la tgk 3D.huhu.. waktu wyg pkl 5.50 pm dan hbs pkl 8 mlm.mmg kena buka kat dlm panggung lah.jadi kami pun beli dulu air utk alas perut nanti.

Ni first time aku msk wyg KLCC jd lain sikit lah rasa nya.lepas je wayang start aku baru perasan yg wayang pun penoh jugak.uishh..mmg ramai sgt yg nk tgk movie ni.hebat sgt ke??

Aku tgk dr mula tu fokus.tak berkelip mata aku.aku blh ckp mmg terbaik sgt..! tarian mmg sharp,cantik je movement.ada unsur cinta,lawak dan sebagainya. Lepas je beberapa scene menari, satu wayang tu tepuk tgn termasuk aku sbb mmg bagus sgt tarian dia.terlalu sempurna.aku blh ckp sampaikan aku sendiri nak menari.

Fuhh..mmg x rugi byr lebih tdi.aku nak tgk lagi sabtu ni dgn kwn aku yg lain.sumpah tak puas sbb jln cerita mmg menarik.terlalu menarik ok!!

Jadi, sape yg x tgk lagi mmg ptt pergi tgk.dr 10 bintang aku bg 10 bintang.cukup puas hati!! =D

dzul pesan: teringin nak menari jugak tp kayu.haha!! =p

Aug 30, 2010

Katerina


Sape pulak Katerina ni?? awek baru aku ke?? haha..! sebenarnya ni la novel terbaru yg aku beli dan tgh baca skrg ni.novel ni aku jumpa kat SACC Mall.novel ni terselit kat celah2 novel yg lain.niat aku mmg nak beli novel lain tp bila nampak je nama Ahadiat Akasyah aku terus sambar.harga pun murah.tak sampai RM18 pun!

Memang aku excited,lps tu terus bayar dan bukak terus cover.tak menyempat nak sampai kolej.haha!!

Novel ni sebenarnya sambungan dar novel Lagenda Budak Setan.kalau yg dah tgk movie dan baca novel ni mesti tak sabar tahu cerita selepas Ayu meninggal.jawapan semua ada dlm novel Katerina.hehe..

Maybe aku antara yg bertuah sbb still dpt jumpa novel yg susah nak cari melainkan ada simpanan waktu kecik2 dulu.kita pun tak lahir lagi waktu novel ni terbit tau.aku pun nak jadikan koleksi cerita ni.

Aku tak sabar nak habiskan tapi aku baca slow2 sbb tak nak habis cpt.nanti setengah mati nak cari novel selepas Katerina.huhu..

Oklah..nak smbg baca.hehe..salam perantauan.. =)

dzul pesan: membayangkan wajah Fazura jd Katerina dlm novel ni sbb dia yg pegang watak Katerina nanti.cantik sgt!! =D

Aug 29, 2010

Migrain!!


Dah 2 hari aku dpt migrain.mungkin terlebih tido atau terkurang tido tp aku rasakan aku ni kurang tido.biasalah kalau dah student,mmg shh tdo cukup.

Jarang aku kena migrain tp kalau dah kena mmg mcm nak pecah kepala aku ni.selepas aku brbuka tdi,aku solat then mkn ubat dan terus tertido smpy skrg.aku bgn sbb aku tersedar ada org msuk dlm rumah aku ni tak bagi salam.ni yg buat aku lg sakit kepala.susah sgt ke nak ketok pintu bg salam.juz a simple word.jgn nak main redah je.! huh!

Bila aku bgn mengejut,mkin lah kepala aku pening.esok pulak cls pagi.haishh..mmg tak dpt nak ckp apa lagi.sekarang ni aku bgn sbb nak sapu ubat kat kepala aku.mudahan dpt krg sikit sakit nya.

Lepas ni nak rehat kjp.mata tak dapat nak tutup lagi dah.mungkin nak sahur awal mlm ni tp bkn Mcd lah.pandai lah aku cari makanan kat rmh aku ni.

Oklah..tu je.. salam perantauan .. =)

dzul pesan: ketok dulu sebelum masuk.nak aku ajar bagi salam mcm mana kerrr???

New Look!!

kalau korg perasan,aku dah tukar background blog aku kpd yg lebih colorful.nmpaklah meriah sikit.nama background ni travel tourism lah kalau x silap aku.sesuai dgn apa yg aku belajar selama ni.hehe... ada beberapa yg aku add utk memeriahkan blog baru aku ni. ambik masa jugak nak belajar smua ni.huhu...

dekat 2 jam jugak lah aku ddk menghadap laptop klik apa yg ptt dan hasilnya mcm yg korg tgk sekarang ni.aku nak buat header tp aku tak kreatif sgt guna photoshop tp aku suka lah gmbr yg kat header aku skrg sbb membakar semangat nak melancong tempat2 tu nanti.haha!! =P

Oklah..tu je nak bagitau.dah ngantok ni.dah sahur tdi.salam perantauan.. =)

dzul pesan: tdi sahur double cheese burger McD.nyum2.. =)

Aug 28, 2010

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?


Entry kali ni aku share dr kwn baik aku Faa. Sharing is Loving!! =D

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Yvonne Next Top Model

Ni video terbaru dr Yvonne. Nice pose n walk Queenie!! Go Girl!! =D

Love the catwalk Yvonne!! meoowww!! =D

dzul pesan: Yvonne peserta yang ketiga.. =)

Atiqah Homemade Chocolate Giveaway

Syarat - Syarat nak join give away yg manis ni =) :

1) buat entry ttg Atiqah Homemade Chocolate Giveaway - Beres
2) letak banner di atas - Beres
3) Promote ttg blog beliau.. =) - Beres

- Nak pengalaman manis, nak senyuman manis. jom rasa coklat Atiqah Homemade Chocolate yang terbukti manis.. sweet kan?? =) marilah kita bertandang kat blog beliau. KLIK!!

4) Last sekali komen kat blog beliau yg kita dah join.. =)

MY BIRTHDAY SPECIAL GIVEAWAY

Syarat - syarat nak join:

1) Jadi Follower beliau - Beres
2) Publishkan entry pasal MY BIRTHDAY SPECIAL GIVEAWAY - Beres
3) Masukkan URL blog beliau dlm blog list korg - Beres
4) Tinggal komen dlm entry beliau yg kita dah join - Beres

Kalau minat boleh ke blog beliau.link sini ye.. KLIK!!

Black and White Contest



Syarat - Syarat nak masuk:
1) Jadi Follower Creative Art - Beres
2) Banner atas ni letak kat sidebar - Beres
3) Tag seorang kawan, tapi saya tag 2 org.hehe.. Ohan, Faa. - Beres
4) Tinggal kan link di bawah entri beliau - Beres



Ini gambar dalam Black and White. Maaf,poyo sikit..ahaks!! =p

dzul pesan: jika minat nak join blh pergi blog beliau Creative Art!! =D

Aug 26, 2010

Konvo Oh Konvo

Rasanya semua dah tahu yg batch aku Julai - November 2007 akan konvo di kampus sendiri iaitu kat UiTM Samarahan. mula2 aku happy sbb family tak perlu nk book tiket dtg Shah Alam tp kalau difikirkan balik aku nak bawak parents dgn adik bongsu aku jln2 kat sini. mmg dr dulu aku dah psg niat nak ajk mereka jln2 sementara aku konvo.bln selalu pun kan tp hampehh..

Mmmg mengecewakan jugak tp aku ambik dr positif side. mmg ini kali pertama kami konvo kat kampus sendiri. sejak dr sekolah lgi yg kami ni group ujikaji.ada je bnda baru nak buat kat kami.aduss...

Bila msk je Convo Portal tu aku menjerit tak puas hati.DJ!!!! argghh!! eh helloww!!! takde tempat lain yg lagi sesuai ke??? aduhh..mmg parah jugak lah.. bkn tak bersyukur tp fikirlah dr sudut pelajar dan jugak parents. kami nak konvo ni tp tempat DJ. kami berhempas pulas selama 3 thn tp kami tak layak nak konvo tempat lagi sesuai.

Bukan aku tak suka DJ tp acara yg gilang gemilang ni buat lah kat tempat yg sesuai yg blh menampung semua sekali mcm kat BCCK.aku dah byk kali pg kat BCCK.tempat tu sumpah besar dan cantik.dah mcm Sydney Opera House pun ada.aduhh..mmg megecewakan jugak lah tp bgi parents aku mereka happy sbb dpt tgk aku konvo.tp bukan kah itu lebih bgs?? kita nak konvo sbb parents kita semua.kita yg nak buat mereka happy hari tu.aku rasa parents kita tak kisah kita konvo kat mana asalkan kita dah berjaya.tak begitu??

Semua persoalan dah pun terjawab.aku pun masih mgharap kejaiban akan berlaku.buat masa sekarang kita fokus kat degree.Degree nanti kita konvo kat sini pulak ye.. =) salam perantauan..


Aug 25, 2010

Ketahui Di Sebalik Lagu Alejandro by Lady Gaga

Info ni aku dpt dr fb jd klau nk share,silakan copy paste jerk sbb blog aku ni free nak buat.aku x block pun kalau org nak copy paste.sharing is caring kan..hehe.. =)

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)



dzul pesan: lagu pelik pun ada org minat dn jdikan idola..tak faham..

Aug 22, 2010

Assignment Pertama

Assignment ni utk subjek 'Event Management'. kami kena buat satu advertisement ttg event yg kami nak buat.keje ni dah lama dah hanta tp aku baru tringt balik jd alang2 post lah kat sini.

keje ni mmg perlu org yg kreatif tp aku ni tak lah kreatif sgt.memandangkan slh seorg rumet aku ni bdk Art Design jd aku mintak la tlg dia sikit mcm mana nak guna Photoshop dan segala yg berkaitan. agak payah jugak lah.aku ni baru belajar pakai.konon nak lagi advance tp keje tak lah hebat mana pun.huhu..

Cukuplah dgn apa yg aku buat ni.aku pun cukup puas hati.janji ada markah.hehe..

dzul pesan: gambar tu aku ambik dr fb kwn aku, mr london boy @ lester peter.hehe..

The Last Airbender

sape yg dh tgk movie ni mesti dah tahu jln cerita.bagi aku agak mengecewakan sbb kurang aksi lbh2 lagi aku tgk yg 3D punye.dushh..mmg melayang mcm tu je duit tp 3D kat sini lg murah dr kat kch.alaa..murah rm2 je.huhu..

memang agak menyesal tgk movie ni.lebih baik aku tgk the sorcerers apprentice tp aku cek xde pun.huhu..ni la first time aku tgk wyg kat KL.tak dinafikan kualiti 3D kat sini mmg excellent.sgt clear okay! mmg puas hati dr segi kualiti tp dr segi cerita aku tak nak komen lagi.

lepas ni movie apa pulak nak tgk.aku nak tgk narnia dgn harry potter.. tak sabar!! =D

dzul pesan: dah tahu jln cerita narnia & harry potter.hehe..

Aug 16, 2010

Impian Kawan Saya Direalisasikan!!

before ni kawan kami bakal jadi supermodel.sekarang ni ada sorg lagi kwn kami bakal msk satu rancangan realiti terbaru di RTM1. rancangan yg dinamakan 'Impian 1 Malaysia'. rancangan ni akan memilih 10 anak Malaysia dr seluruh negeri dan RTM akan merealisasikan impian mereka. kawan kami ni nak pergi ke Melaka. naik beca dan tggl bersama keluarga Baba dan Nyonya.

mmg unik impian kawan kami ni.kami doakan dia menang pertandingan ni sbb 50% undian dr SMS dan 50% lagi dr pihak juri.kami pun tak sangka nasib dia sampai ke final.mungkin dlm episod yg ke 9 giliran bahagian dia akan ke udara di RTM1.

tak sangka byk kwn2 kami yg berjaya memasuki pertandingan mcm ni.before ni,aku yg dpt msuk DJ Radio ERA tp tolak.huhu..tp Alhamdulillah kwn2 kami yg lain berjaya.

oh ya..nama kawan kami ni Nurhafeezha Ali.jadi nanti episod dia,undi lah dia k..hehe... Syabas dan Best of Luck Pija!! salam perantauan.. =)



Aug 15, 2010

Kawan Saya Bakal Supermodel!!

Sebenarnya dah lama niat nak tulis ttg kawan kami ni.dia tak smbg degree tp msk satu pertandingan Miss Sarawak Model of The World.kalau dlm kelas kami dia lah yg plg cantik.mmg tak disangkal lagi.dgn ketinggian 5 kaki 7,mmg sesuai nak jadi model.

dia ni pun dah lama bercita nak jadi model kot.kmi waktu kelas dulu pun selalu galakkan dia msk pertandingan model ni.waktu kami part 3 ada satu dinner.hari tu dia pakai baju cheongsam tp tak pakai mekap tp still nmpk lagi menawan.mlm tu dia menang Queen of the night, sejak malam tu kami gelar dia 'Queenie'.hehe..

dia ni berdarah kacukan Cina dan juga Kelabit.dalam kelas dia ni mmg seorg yg sgt pendiam tp english dia mmg power.tanbahan pulak dia ni mmg pandai ckp mandarin.mmg lengkap satu pakej.sampaikan kami yg dlm kelas tu kena ckp bhs english kat dia sbb dah terbiasa.

bila dah msk degree,kami terkejut dia finalis utk pertandingan model.jadi kami pun ikuti perkembangan dia.mula-mula dia menang Miss Cover Girl.dia mmg layak menang.hehe..

31 julai yg lps mlm kemuncak pertandingan model tu.seperti yg dijangka dia menang tempat ketiga sekali gus layak bertanding utk Miss Malaysia Model of The World.Syabas!!

Oh ya! lupa pulak nak bagitau sape dia.nama dia Yvonne Supang Lukas.jadi korg pun boleh undi dia kalau ada Miss Popular sbb perlu vote dr blog rasmi pertandingan ni.hehe... best Of luck Yvonne!!




Aug 14, 2010

i-Learn

kalau dah nama student mmg tak lari dr bukak portal ni.lebih2 lagi bila dah msuk degree,semua slides kena ambik dr portal ni.sekarang aku ada 2 test yg pakai online.huhu.. mmg ni pengalaman pertama buat test online. walaupun soalan objektif tp kalau ada mslh line nti apa akan jdi kat soalan kita.adoii..

dulu waktu diploma tak pernah kesah pun pasal portal ni.kdg2 tak pernah sentuh pun sbb jrg sgt pakai.tp bila dah jejak degree ni setiap subjek ada pakai portal ni.kalau tak register mmg tak dpt la nak buat test.tak ke kecoh jadi nya nnti.

satu lagi mslah online ni line dia yg mcm segan nak muncul. aku pun dah tak faham.lagipun kami dilarang pg CC kalau nak buat test.ade la dia punya sbb.jd.kesimpulan kena jugak buat kat laptop sendiri.

walaupun portal ni byk kebaikan tp utk pengguna baru mcm aku mmg ambik masa jugak nak pakai.dah mcm mula2 sign in FB pulak.semua kena belajar sendiri.huhu..

lepas ni aku nak belajar lagi sbb test online tamat ahad ni pkl 8 mlm.ada lagi satu test mggu dpn.jugak online.huhu..

gud luck kat semua student yg baru berjinak2 dgn i-Learn ni ye.. salam perantauan.. =)


Aug 11, 2010

Puasa Di Perantauan

wahh,lama jugak aku tak update blog.bukannya apa.line internet ssh nak dpt lah.lebih2 lagi kalau pakai berukband.tak ke sakit hati.rasa nak hempas je.huhu..selama aku tak update blog ni byk yg dah berlaku sampaikan aku sendiri penat nak taip satu2.huhu..

hari ni mula nya umat Islam di seluruh dunia berpuasa.kalau dah start puasa maknanya byk lah amal jariah blh kita lakukan. puasa thn ni jugak aku sambut kat perantauan.huhu..mmg payah tp alhamdulillah byk kwn2 kat sini jd tak la terasa sgt.satu lagi sungkei kat sini lambat dr kat kch jd terasa jugak kelainan puasa kat sini.

kalau bulan puasa kelas mmg payah nak turun lebih2 lagi kelas waktu tgh hari dan jugak kelas memasak.fuhh..mmg dugaan lah.sgt mencabar keimanan diri kita ni.

kalau dah puasa jugak,raya pun dah nak sampai.tak sampai sebulan lagi aku kana balik kch.tiket pun dah tempah.mmg excited nak balik kuching.hehe..

kwn2 baru aku kat sini semua mintak aku bawak kek lapis swk.insyaAllah nanti aku usahakan ye kwn2.hehe..

setakat ni saja entry aku kali ni.selamat berpuasa semua bloggers..salam perantauan.. =)