Oct 31, 2010

Oh November!

wahh..november bakal tiba.aku suka bulan ni.haha..!! saje je kan nak promote bday sendiri.ehemm2.. bukan tu je, byk lagi perkara yg akan berlaku dlm bln november nanti. jum cek satu2..

2 nov:
i) hari jadi adik ke - 2 aku.satu2 nya adik lelaki aku.nama dia mohammad dzulzakaria.tahun ni dia genap 20 tahun.status? entahla..aku pun tak pasti.haha..!

ii) juga merupakan hari jadi roommate yg aku bru knl semester ni.aiman nama nya.ambik mass comm broadcasting. ni tak single lagi.dah berpunya.haha..!

3 nov:
hari jadi kwn baik aku yg aku knl dr sekolah rendah dulu.cik faizal.skrg ni dia kat puncak perdana.dr darjah 1 kami dah wish bday msg2.kira lah berapa thn kami dah kenal.bangga la sbb ada lagi kwn2 dr sekolah rendah..hehe..

10 nov:
i) hari jadi siapa pulak?? hari jadi bkn abang kandung aku.haha!! dia ni tua sehari dari aku tp mengalah kan tua setahun.cisss punya ainudin.aku nak tggu kau ada girlfriend nanti.haha!!

ii) juga hari jadi kwn baru aku di UiTM.cik sa'adah aziz.orangnya manis jerk.mcm sesuai je dgn ainudin.oppsss..! haha!! =p

12 nov:
hari jadi geng DBS aku.cik ary.kami selalu smbt bday sama2 wktu diploma dulu.tp skrg mcm susah je.ape pon sy msh ingt bday kamu.hehe.. =)

13 nov:
aku balik kuching!!!! =D

18 nov:
satu lagi hari jadi adik tersayang aku.adik perempuan aku yang ke 4.nama dia Zulfatiha.thn ni umur dia 13 thn.baru je tingkatan 1.dia ni nak hadiah wktu aku blk kch nanti.ermmm..ada idea tak nak bagi apa???

19 nov:
hari jadi kwn baru aku jugak kat bumi shah alam ni.encik fendi yg bertanggungjawab buat aku menjerit satu level tgk mantra.best kwn dgn dia ni.orangnya nya pun baik dan.....?? tak nak market lebih.dia laki org.hahaha..!

27 nov:
hari jadi ratu juju.haha..! jude la..bday dia pun bln nov jugak tp lain tahun.tahun 1988.oppsss! terkantoi umur sebenar jude.haha..!

ini la hari jadi pd bln november.kalau ada yg terlupa aku mintak maaf byk2.mungkin terlupa waktu nak menaip.yelah aku menaip nak dekat pkl 2 pagi.huhu.. bday aku??

owhh..bday aku pulak 11 November (11/11). senang kan nak ingat tp thn dpn lagi istimewa sbb hari jadi aku serentak 11/11/2011.wahhh!! menarik nya.aku pulak waktu tu 22 tahun.semua double number.menarik2..saya suka!! hehe..

InsyaAllah umur yg panjang kita jumpa lagi.buat kwn2 yang dah,akan sambut hari jadi.selamat hari jadi dan murah rezki ye.. =D

dzul pesan: tak mengharapkan hadiah cuma ucapan shj cukup buat aku lagi dihargai dan terharu.


Oct 29, 2010

Echah Yang ke - 21

aku hrp aku antara org terawal wish hapy bday kat slh seorg kwn baru aku di uitm shah alam ni.nama dia aisyah ahmad.org pggl dia echah je.

dia ni kwn yg sengal gak la.sng nak gelak kalau ada benda lawak sikit.haha..! dia ni ramai kwn tp yg plg rpt jong dn cik una.ke mana pun berkepit 3 org.nanti nak kawin sama jugak serentak ye.haha..! mula2 aku tkt jugak nak bergurau dgn dia.yelah,kdg2 aku rasa gurau aku melampau.aku selalu pggl nama dia aisyah tp dia tak suka.dia ckp pggl echah je.haha.! nama dah sedap tp pggl nama manja.tak yah la nak manja sgt pon.hehe..dipendekkan cerita,rasa2 dia la antara yg aku mula2 knl.dulu nama ssh nak ingt.skrg baru tahu keseluruhan nama classmate aku.huhu..mls la nak ckp lebih psl echah ni.haha..!

aku nak mintak maaf klau ada slp dan slh sepanjang kita jd kwn.kita pun bru nak knl jd mmg byk kelemahan yg perlu kita atasi.cewahh..dah mcm sesi motivasi pulak.haha..!

kpd echah.selamat ulang tahun yg ke 21.semoga kau pjg umor dan mrh rezki. InsyaAllah kita akan kekal kwn sampai bila2.tak ada apa sgt yg aku nak bagi hari jadi kau ni.hrp2 kau sudilah terima hadiah yg kwn2 kau yg lain tgh buat.good luck exam2 yg akan dtg.! =D


dzul pesan: terpaksa crop gmbr kau.hehe.. peace! =D

Tugasan Khas

yess!!!!!!!! aku berjaya siapkan dlm satu hari je tugasan khas yg diberikan oleh si dia.karangan khas ttg diri dia dan apa sja yg ada kaitan.

nak baca?? haha..! tak perlu kot.segan lah..tulisan aku ssh nak baca tp msh dpt difahami.huhu..

mmg aku sengaja nak siapkan cpt sbb tkt nanti menganggu aku nak belajar benda lain.haha..jd better siapkan awal.yg si dia tak tahu lah bila nak siap.terpulang kat dia nak buat bila.dia pun tak nak ckp apa perkembangan karangan tu.entah2 tak ada perkembangan langsung.haha..! =p

ok lah,mlm ni nak smbg stdy.huhu.wish me luck walaupun dlm sakit2 dan batuk ni.huhu...


Oct 28, 2010

Laugh! =D

Tak Nak Tengok tapi Tengok Jugak!

semalam knp mata aku ni tak dapat nak tido.jd aku pun ttp laptop dan pg bilik din.aku mmg tau sgt dorg mmg konfirm blm tntu.msh berfoya2 sbb test jauh lagi.jauh ke?? huhu..

msuk2 je bilik aku tgk dorg sume tgh main CS ataupun counter strike.aku pun menyinggah tgk.niat nak main sekali tu mmg tak ada sbb aku mmg tak reti main.lps tu aku tgk si fendi pun ada tgh main kat situ.aik,smlm chong dtg main dota.hari ni si fendi ni pulak dtg main CS.bilik din ni mmg tmpt nak main game lah.hahaha!!

dah main tu aku usha2 la laptop si fendi.tgk video2 showdown.tgk gmbr2 dia.tgk video dia berlakon.oppsss! hahahaha!!

lps tu dia ajak tgk mantra.citer seram yg mengamalkan ilmu hitam.si leslie pun join.dia ckp tak seram.aku ni mmg tak blh tgk cter2 seram ni.rugi bawak aku tgk wyg cter seram.walaupun si fendi ni ckp cter ni tak seram tp aku dah beberapa kali terkejut menjerit.hahaha!! sampaikan si lesli,din dgn fendi pun terkejut sbb aku menjerit.aku dah pesan jgn bagi aku tgk tp korg paksa jugak.

setelah berpenat lelah ttp muka aku dgn bantal.aku berjaya tgk citer tu sampai habis.uishhhh..mmg seram bg aku.dah tak nak tgk lagi.huhu..hbs je cter tu trs azan subuh.aku balik pun msh dlm keadaan seram.ambik wudhuk,solat subuh lps tu hanta sms kat dia sbb nak kejutkan subuh.hrp2 dia bgn lah.hbs je solat aku msk tido dan mula bermimpi psl mantra.arggghhh!! benci lah.tu yg tak suka tgk cter seram.mesti terbawak2 dlm mimpi.huhu..

lps tu trs nyenyak sampai pkl 2 ptg.huhu..


dzul pesan: kebanyakkan masa mata ditutup sbb tak sanggup nak tgk.huhu..

Oct 27, 2010

Mungkin Next Semester??

td sempat pg puncak alam sbb nak byr duit rmh sewa.aku ni konfiden je tggl kat situ next sem.entah2 xde lagi next sem.apa dia?? aku nak pg mana?? haha..! tak pg mana2 pun.ada lagi kat msia ni.hehe..

aku mungkin tak smbg sem2 seterusnya sbb nak berhenti belajar.sbb aku dah bosan belajar,degree makin susah,kehidupan sini menyesakkan aku.hahaha!! aku tipu je la semua tu.

aku ada sbb kukuh nak berhenti.aku dtg dr jauh.aku pulak anak sulung.lebih baik aku berhenti belajar dan bekerja tlg keluarga aku dr aku belajar dan terus menyusahkan mereka.kan kan kan?

aku saja cuba sem pertama dulu sbb nak tgk mampu tak aku hidup kat sini.diikutkan mmg blh tp msh lg terikat trutama psl duit flight.aku kena jimat btol2.aku ni pulak nak kata boros sgt tak lah jugak.nak kata jimat sgt tak lah jugak.aku sederhana.mungkin dah biasa dgn mcm ni.duit aku byk hbs utk mkn,buku2 sbb tu obses aku dan jugak duit flite.family aku tak bank in duit tiap2 bln.smuanya aku bergantung kat ptptn aku.huhu..tolak duit flite,yuran,buku2 rujukan,mkn dan perbelanjaan harian.payah jugak lah hdp kat tmpt jauh ni.

aku tulis sini bkn nak mengadu tp tu yg aku rasa skrg.blik kch ni aku nak bncg dgn family aku.aku diikutkan mmg nak kerja je.biarlah adik2 aku yg smbg bljr tggi2.ada 3 lagi adik aku yg tgh sekolah.

kat kch nanti aku carilah kerja yg aku mampu nak buat.mungkin nak ambik lesen tour guide kot.aku kan byk ckp.ckp plak laju mcm peluru.hahahaha!!

biarlah aku fikirkan dulu keputusan aku ni.nak tanya family dulu sbb aku tak blh buat keputusan sendiri.doakan lah aku ada next sem sbb hati aku dah terjatuh kat sini. =D

dzul pesan: sedih pulak mengenangkan kemungkinan tak ada lg next sem.byk dh kwn2 kat sini.seronok pun seronok.huhu..kdg2 tu kita kena lepaskn kebahagiaan milik kita utk kebahagiaan org lain.ape pon family come first. =D

First Ice Skating

lama dah kisah ni.aku pergi waktu hari ahad selepas aku pergi kat melaka hari jumaat dan sabtu.tujuan kami keluar sbb nak tlg kwn kami buat assignments dan dia mintak kami jd model.tp bkn aku lah.aku juz ikut sbb nak main ice skate.dipendekkan cerita aku pergi register nak main ice skate kat sunway pyramid dgn dyon dan tika.yg lain smua tak main.alang2 dah sampai sini aku nak try lah.

dgn konfiden aku pakai kst skate.sumpah kst tu lgsg tak selesa.ketat nak mampus. tp aku gagahkan diri jugak nak main.bila sampai gate ice skate aku tersembam jth.sumpah sakit.nmpk senang tp mmg sumpah susah.adohh..nak bgn pun dyon dgn tika yg angkat.segan oww bila perempuan yg tlg.haha..! lps angkat dan tak sampai 1o saat aku jatuh lagi.adohhhh...berapa kali nak jatuh ni.sampai bila pon tak dpt nak belajar.huhu..

akhirnya dgn kekuatan yg ada,aku bgn jugak tp kena pegang pd tepi sbb aku mmg x dpt nak jln.susah sgt nak balance.jln pun x reti lagi.lps tu aku rehat jap kat luar.wktu tu aku bukak ksut sbb mmg x selesa lgsg.lps beberapa minit baru kami main lagi.lps beberapa kali try dan lebih 10 kali jatuh aku dah boleh kawal dan tahu cara nak skating.berani jugak dah main kat tgh tmpt tu.lps tu aku quit sbb kaki kiri aku dah mula sakit kesan dr jatuh tdi.dyon dgn tika je yg main.aku pulak cari air nak minum.last2 kami balik puas hati sbb aku mampu main dan berani mencuba walaupun malu sbb beberapa kali dah jatuh.haha..!


yg ambik gambar cik tika,jati tgh pg cuci tgn.

wow!! aku jugak yg over pose dr blkg.hahaha!!


jatuh yg pertama dan yg plg sakit.huhu..


ni pulak nak try bangun tp x dpt.dibantu oleh cik tika.huhu..tq tlg budak baru bljr ni...

dzul pesan: bukan ice skating tp ice SAKITING!! hahaha!! =D

Oct 25, 2010

Bunga Itu Merah

nak rehat kjp lps study.aduhh...mabuk jugak stdy ni.hahaha..! si becok pulak tgh rehat jugak.aku ambik kesempatan nak online.ape lagi blog lah.hehe..

aku tak suka kalau si becok kacau aku.biarla dia dgr mp3 dia tuh.lagu maher zain lagi.hehe..kali ni nak cerita pasal si becok.dia tak tahu aku cerita psl dia dlm blog aku ni.haha..! dia pun bkn reti sgt hal2 blog ni.jd biar aku yg tlg tulis psl dia.kisah hdp aku pulak xde yg special pun.huhu..

semalam aku terfikir apa yg dia ckp.jatuh hati.aik,mcm aku pulak yg terkena.haha..! seronok bila dah jatuh hati.ada satu nama je yg aku knl pernah buat si becok mcm tu.nama dia?? entah kenapa dia begitu rapat dgn aku.ishh..mmg aku tak boleh lupa si gadis ni.

dia sempurna di mata si becok.apa shj yg dia buat hanya utk gadis ni.3 thn menyulam kasih begitu indah baginya,rupanya dia lah cinta pertama si becok.patutlah semuanya indah belaka.dia mmg bahagia.tp si becok juga ada kekurangan.perhatian yg diberikan kpd si gadis berkurangan bila dia semakin sibuk dgn urusan rasmi.dia merupakan org penting di universiti jd mmg mustahil nak tgk dia free.aku sbg kwn mengerti dia mencari masa utk diri sendiri.kdg2 dia mengadu si gadis merajuk kerana lama tak dihubungi.aku terdiam.aku nasihatkan bahagikan MASA.dia mengerti mksd aku. namun walau sekuat mana dia mencuba masih tak dpt dibaiki.dia akhirnya semakin sukar dihubungi.aku dan si gadis juga semakin jauh.akhirnya si becok tamat kontrak dan mempunyai masa dgn si gadis.dia gembira kembali namun ada sesuatu yg si becok tdk tahu mengenai si gadis kini.

masa berlalu pantas.kehadiran org ketiga terus memusnah hidupnya.cinta pertamanya gagal.dia kecewa.aku turut sma bersedih.aku pun tak nak cerita lanjut.dia dah cukup terseksa.segala brg2 dan memori yg mengingatkan kpd si gadis trs disimpan.biar kekal jd kenangan terindah.si becok berkata "she is my favourite mistake" dan dia tersenyum.

kali ni dia jatuh hati lg.entah knp apa istimewa gadis ini yg berjya membuka pintu hati si becok.sebelum ni aku sangkakan si becok tak kn jth hati lagi.mgkn keprcayaan nya pd seorg prempuan dh berkurang tp kali ni berbeza.aku gembira dgr semua itu.lalu di ceritakan semuanya bagaimana si gadis itu.

dia menarik nafas dan mula bercakap.dia bosan, blur dan pendiam.aku tergelak..apa yg istimewa??? si becok menambah,sbb tu dia istimewa.tak mcm gadis lain yg selalu ditemuinya.ada sesuatu di sebalik kebosanan dia,blur yg perlu dia fahami dan pendiam yg ingin dia ceritakan.begitu dlm mksd si becok.dia trs bercerita.dia mmg jth hati dan dia sdh mengatakan kpd si gadis tersebut namun msh tiada jwpn.sesuai sgt lah bila si becok dgn si pendiam.kontra dlm perhubungan.

si becok tersenyum mengatakan dia faham knp si gadis tiada jwpn.mungkin perlukan masa utk mengenali lbh dlm.si becok pun msh ingin belejar ttg si gadis itu.namun hati si becok tersirat perasaan yg sama.dia takut utk jth hati! tp dia tak mampu berbuat apa2.salahkan dia atau salahkan si gadis?? dia menjawab dgn senyuman lagi.

kau pasti kau dh jth hati?? soalan yg aku tanya pdnya.kata si becok dia sdh melalui perasaan ini dan dia pasti tp dia tak nak terburu-buru.biarlah takdir menentukan.aku angguk.

kalau dia menolak??? si becok berkata.aku pun sdh melalui perasaan itu jd aku tahu nak mengatasinya.biar aku simpan perasaan ni.aku hormat apa je keputusan dia.si becok berkata dia nak syg si gadis dr jauh pun sdh ckup baginya.

baguslah kalau itu jwpn si becok.aku tahu dia kuat.malah lbh kuat dr aku.aku belum pernah melalui semua ini dan kalau blh aku tak nak.biar aku belajar dr pengalaman si becok. setiap mlm dia menanti sms si gadis namun dia tak memaksa.apa pun yg berlaku dia sudah bersedia.dia tak nak digelar dayus. dia pernah dikecewakan dan dia bersedia,

sudah lah si becok.apa pun,aku sokong kau.kau ttp si becok aku.aku suka bila kau bercakap.buat aku faham erti teman.si becok tak pernah sunyi sbb dia ada keistimewaan yg buat dia ramai kwn mendengar cerita nya.

kpd si gadis yg buat si becok jth hati.senyumlah,sbb dia tahu mksd senyuman itu.beri dia peluang utk buktikan kasihnya.dia bkn manusia sempurna.tegurlah mcm kamu menegur adik perempuan mu.marahlah mcm kamu marahkan adik lelaki mu.apa pun dia msh seorg lelaki yg becok.

bak kata dzul, matahari ttp bersinar walaupun malam menjengah.matahari ada di situ.ttp utuh menyinari bumi yg kehijauan.biarlah si dia menjadi cahaya yg sentiasa ada dgn matahari.kerna cahaya tak akan membiarkan matahari dlm kegelapan.

Cerita Si Becok

hai becok! apa khabar?? dia tersenyum dan terus mengatakan dia lapar.aku tergelak.dia ni tak habis2 lapar.aku ada coklat kat bilik.jum kita mkn sma2.dia mengiakan dgn laju.yelah,sape yg tak happy bila dpt coklat.katanya ada benda nak dikongsi dgn aku.aku angguk.setuju ingin berkongsi ceritanya.

katanya dia dah mula rasa takut.takut apa?? final yg akan dtg..alahai..tu biasalah.aku ckp tu lumrah seorang student.aku sendiri pun takut.tp pastikan kita buat yg terbaik.dia senyum mengangguk smbil mengunyah coklat aku.comot! aku gelak.

apa lagi dia nak cerita.dia ckp dia dah jth hati.hah??!! aku tersedak.nsb baik tak tercekik.si becok tak menolong aku malah mentertawakan aku.ciss punya kwn.aku kembali tenang dan minta penjelasan.

dia tersenyum lagi.katanya entah knp dia rasa begini pd seseorg.dia rasakn satu perasaan yg buat dia tersenyum sorg2.dulu pun penah mcm ni dan sbb tu dia pasti dia dh jth hati.aku faham.mungkin dah tiba masa dia bahagia.dia dah ckp terseksa dulu.aku sbg saksi ada di sisinya semasa dia kehilangan.

dia bercerita lagi tp fikiran aku menerawang saat dia mula2 rasa begitu.3 thn lepas...dia lah plg bahagia.aku gembira melihat dia tersenyum.malah sbg kwn,aku tumpang gembira.perubahan sikapnya mendadak.dr si becok menjadi semakin periang.dia mula menjadi lagi positif.hatinya penuh bunga cinta.tp dia tak pernah lupakan kwn2 nya.walaupun sdh mempunyai kekasih hati dia tak pernah berubah.sbb itu lah aku syg pdnya.

namun semua tu tak lama.kebahagiaan yg dia miliki musnah oleh org ketiga.dia tak mampu berbuat apa2 sbb hati kekasihnya pd org lain.dia dipermainkan.kasihnya dibuang.kepercayaannya disalah guna.cintanya dipijak.rindunya diejek.dia terseksa akhirnya dia menangis.dia yg periang menjadi muram.dia yg becok menjadi senyap.namun senyum nya masih terukir.aku tak suka senyuman itu sbb aku pasti itu bkn lahir dr hatinya.

dia cerita segalanya.aku turut berduka.knp ada org sekejam kekasihnya.hina sgt kah kwn aku sampai dibuat begitu? ya,dia mmg tiada rupa,harta jauh sekali.aku tdk mampu bercakap apa lagi.nasi sdh menjadi bubur.dia nekad utk trs melupakan kisah cintanya walaupun hatinya msh mengharap kekasihnya akan kembali.namun itu hanya mimpi.

aku terkejut tatkala dia menepuk bahuku.aku katakan yg aku mendengar ceritanya sebelum dia marah kat aku.aduhai si becok.bila berckp mmg tak henti.aku lgsg tak tahu menahu cerita nya dgn cinta barunya.yg aku tahu aku gembira tp aku sendiri tkt kejadian dulu berulang lagi.dia kwn aku namanya si becok.aku tak snggp tgk dia menderita lagi.cukuplah sekali.

wahai cinta si becok.aku mohon dia seorg yg baik,bertanggung jawab malah dia sdh bersedia menjadi ketua keluraga kerana dr kecik dia diajar beitu.pengalaman menjadi anak sulung byk mengajarnya ttg kehidupan namun apa yg aku katakan pasal si becok hanya satu yg semua perlu tahu.dia bukan manusia sempurna.masih ada kekurangan yg perlu dibaiki.aku menegur sbg seorg sahabat dan dia juag menegur sbg seorg teman.

si becok berhenti bercerita.dia tarik nafas dan minta pendapat aku.aku hanya berkata 'semoga kau bahagia dan doa aku pasti utk kau'.dia membalas senyuman aku dan turut mengatakan yg dia ingin melihat aku sbg kekasih org.aku tergelak.aku ckp MASA.dia mengerti maksud aku.

si becok tak lagi bercerita ttg cinta barunya.aku pula msh mendengar apa saja yg diceritakan.ohhh..mungkin ini sbb dia senyap sebelum ni. ada perkara baik yg dia belum pasti.dan sekarang dia pasti,di bercerita kpdku.becok2..kau mmg becok.hahaaa!!

weii! coklat aku hbs lah.aduhhh..coklat aku hanya dimakan si becok sorg.dia kalau bercakap mmg pantang kalau tak mengunyah.hasihhh...budak ni..ada jugak yg mkn selipar merah aku tu.dia tergelak dan berjanji akan ganti balik coklat aku.mana2 kau lah becok.huhu..

akhirnya,kisahnya aku pun krg mengerti sbb fikiran aku ke arah lain.yg pasti hatinya tersenyum.aku?? biarlah aku jd peneman becok di kala senyum sahaja sbb di waktu duka dia msh tersenyum. =)

dzul pesan: coklat crunchies favorite aku.huhu...

Oct 24, 2010

Bila Si Becok Terdiam, Tangan Mula Menulis

Bila dah perkara mcm ni berlaku nmpk sgt yg si becok ni ada mslh.yelah,dulu bkn main mulut bercakap mcm bertih jagung tiba2 senyap pulak.bila tanya apa mslh,geleng kepala.sempat pulak yg senyum je.

aku plg tak suka kalau soalan dijawab dgn senyumaan sbb bagi aku senyuman penuh dgn jwpn yg tersirat dan aku bukanlah Albert Einstein yg mampu tafsir sesuatu senyuman tu.haishhh...

sape yg patut disalahkan pun aku tak tahu tp yg pasti si becok ada jwpn dia sendiri knp diam.mungkin ada mslh atapun mgkn ada perkara baik yg belum bersedia utk diberitahu.

manusia mcm2 ragam.sbb itulah kehidupan ni lagi seronok.kalau tak ada masalah dan cabaran jdi tak bermakna suatu kehidupun.betol ke?? terpulang lah.ada yg menganggap tu betol dan ada jugak yg sebaliknya.

sape si becok? hmmm..biarlah dia senyap dulu.aku pasti dia pun takut,segan dan mcm2 lagi persoalan yg belum terjawab dlm otak dia tu.aku pasti dia ada punya pengalaman yg buat dia senyap sementara.benarlah kata org,pengalaman mengajar seseorg itu lebih matang.aku pulak?? entahlah..lain org lain cara utk menilai matang.

bagi aku matang tu bergantung kpd sikap dan pengaruh dari sekeliling.ada yg matang dr segi keluarga,kewangan,persahabatam mahupun perhubungan.bagi aku,aku sdh matang dr segi menilai baik dan buruk suatu keputusan.dr segi tanggungjawab kpd keluarga aku pun sdh ckp matang.kewangan alhamdulillah aku blm lagi kebulur.persahabatan pulak,aku mungkin bersikap childhish mungkin pengaruh rakan2 di sekeliling.perhubungan?? hmmm..msih belum terlambat utk aku belajar erti kematangan dr segi perhubungan.malah pengalaman cukup mengajar aku.sediakan payung sbeleum hujan dicipta bkn atas suka2 tp ada hikmah di sebaliknya.biarlah pengalaman menjadi cikgu aku yang terbaik.

cukuplah,si becok diam.si becok pernah ckp yg melalui kata2 dan percakapn dia membuat dia lagi istimewa.dia bkn seorg yg kaya,ada rupa,pandai,tinggi tp dia selalu percaya yg setiap org ada keistimewaan dan kekurangan msg2.dr situ dia kumpulkan self confident utk berdepan dgn masyaarakat.aduhai si becok.byk yg kau lalui di sebalik kebecokkan kau yg buat kami tertarik.ya,aku faham knp kau perlu senyap.baru aku faham mksd senyuman aku.baru aku faham knp kau geleng kepala dan baru aku faham knp kau senyap.

sampai bila kau nak senyap?? jwpn dia MASA.tunggulah.ia pasti akan tiba.akhirnya coretan si becok terhenti di tanda koma.belum lagi ada tanda noktah yg bakal mengakhiri perjalanan warkah nya.skrg aku pulak yang terdiam.ada ruang kosong dlm hati si becok.dr senyuman aku pasti ianya bakal diisi kelak.

aku memberikan senyuman kembali setelah pasti si becok akan bahagia..

Oct 23, 2010

Dia Zuliana

tak tahan aku tanggung rindu ni..mmg tiap masa aku nak kol dgr suara dia.yelah,suara dia yg manja tu blh buat aku menangis.dia mintak belikan brg kalau jln2.aku kalau dah keja,duit aku ni utk dia sorg.sbb dia manja sgt kat aku.

kalau aku call dia,mmg buat aku rasa sebak,tuhan je tahu perasaan aku ni.hari tu, org tua dia ada ckp kat aku yg dia da tgglkn surat utk aku dlm bilik.dia nak aku baca bila aku sampai rmh.menitik air mata aku bila dgr betapa syg dia kat aku.aku tak hidup kalau dia takde jd kami dah jnji nak kekal je sampai bila2.

aku nekad yg kebahagiaan aku milik kami bersama.apa yg aku ada aku kongsi sama2.biar dia tak rasa sunyi walaupun kami jauh.ibu bapa selalu jugak ckp knp aku jrg call.bkn aku tak nak call tp kekangan aku kat sini mmg tak dpt nak elak.skrg aku msh blh update blog tp masih tak dpt call sbb dia konfirm dah tido.dia mmg jenis yg tido awal.

aku sgt syg kat dia.syg yg amat sgt.aku balik aku nak terus peluk dia erat2.biar la apa org kata.aku tak peduli.lantak lah apa org nak cakap.

dia zuliana.buat aku lagi rindu kat kch.tak pernah aku berjauhan dgn dia lama2.kejayaan yg aku ada biar jd cth bila dia dh dewasa nanti.aku nak tgk dia berjaya.dia lah adik kesayangan aku.abang rindu kamu sgt2.abang balik 3 minggu lagi.nanti abang belikan puzzle yg kamu nak.sayang kamu sgt2...huhu....



Assignment, Final, Tarikh, Mengidam

tggl 3 hari lagi utk first paper tp aku tak rasa ramai yg tak start study lagi.yelah,dah nama student.esok nak final baru nak bukak buku.huhu.. tp kali ni kalau diberi peluang mmg aku nak stdy tp kami tak dapt sbb ada keje yg perlu disiapkan.sebenarnya ada assignment yg kene buat balik sbb tak menepati piawai yg telah ditetapkan jadi kami kena la berhempas pulas buat balik.huhu..

penat?? sape yg tak penat.risau tak siap pd masa yg ditetapkn.risau final tak study lagi.nmpk je mcm sng.aku pulak menghadap laptop sbb idea stuck.tulis blog ada pulak idea.adoiii..dzul2!

oleh sbb yg terlampau busy aku lupa satu tarikh semalam.nak ckp pun mcm dah terlambat jd aku biarkan je.thn dpn je lah.hrp2 aku tak lupa lagi.hehe..

oklah tak ada apa sgt nak cter cuma aku lapar dan mengidam nak mkn nasi ayam penyet dgn teh o ais.aduhhh..sedapnya..huhu..

dzul pesan: nak target dekan utk sem ni.mampu ke?? hmmm...

Kawan Yang Pendiam

sejak dr azali lagi aku suka kumpul kwn.yeke?? iye lah kot sbb aku still ada kwn yg dr tadika smpai lah skrg kami msh kontek dan rapat.sape kata lps je msk U konfirm akan terpisah.aku tak percaya sbb aku ada bukti. =)

ramai kwn yg aku dah knl.mcm2 jenis dgn saiz pun aku dah ada.dr yg kwn baik,kwn lama,kwn sejati dan tak ketinggalan kwn mkn kwn.huhu..pedih sgt bila kwn mkn kwn.tp biar aku bercerita ttg kwn yg pendiam rupanya dia bukan yg pendiam.mcm mana tu? meh biar dzul yg cerita pulak.

secara jujur dia merupakan nama pertama yg aku ingt bila msk degree.yelah,nama aku ada kaitan dgn hidup dia.mcm kwn baik aku jugak cik nisa yg aku knl mula2 wktu diploma dulu. mula2 tgk dia korg akan rasa dia membosankan.yelah,ajak pg mana2 pun senyap je.entah la.mungkin mmg dia mcm tu.aku pun mls nak tanya lebih sbb aku pun bru knl.lama2 aku pun perasan dia ni mudah nak dibawa bercakap kalau kena pd tempat.bermula pd dia ckp tulisan aku buruk.dr situ aku dah start dia ni mmg mulut nak kena bls balik.tulisan dia tu cantik sgt ke?? kalau cantik,meh la tlg buatkan keje aku ni.hahahaha..!

lps tu, ada satu trip yg aku pg buat aku lagi byk ckp.aku mmg x blh ddk dlm kete senyap je.mmg konfirm akan bercakap.haha..! tp dia marah pulak aku byk ckp.lps tu aku diam pun kena marah.aishhh..dia ni ada jugak yg nak mkn kipas kayu aku tuh.hahahaha!!

satu lagi dia ni mmg jenis yg blur.aku tak tahu lah mcm mana nak describe tapi ke"blur"an dia tu buat aku nak gelak je tiap2 masa.aku ni dah la pantang tgk benda lwak sikit konfirm gelak.hahahahah!! adoii.. berair mata aku nak gelak.wktu dia mcm nak lemas(org lemas pun aku blh gelak) hahahaa!! lps tu menara yg jadi restoran dan mcm2 lagi.padan muka,sape srh blur sgt.huhu..

rupa?? dia ni ada pipi yg merah semulajadi.kira jimat la tak perlu beli blusher.haha..! chomel pun chomel sbb kechik dr aku. favret dia?? hmm..aku tak tahu sgt sbb blm knl lg rpt.yg aku tahu dia ni suka sgt warna pink.biasalah perempuan kan.hehe..lps tu suka mkn pedas, tgk wyg yg seram dgn bunuh2.main game pun dia suka.nmpk je ayu tp ganas jugak.hahaha!!

seronok bila ada kwn yg asalnya pendiam tp bila dh knl baru nmpk perangai sebenar.mgkn dia ni dah mcm tu.tak manis la perempuan byk ckp pulak.nanti org ckp minah kepoh.ada kebaikan kot dia pendiam.tp jgn pendiam sgt.aku dah srh dia practice byk ckp dgn aku jd bila dia ada bf nanti tak lah sunyi sgt.kan kan kan?? hahaha..!

aku tak tahu nak ckp apa lagi.nanti merapu pulak.malas nak puji org lebih2.haha..!

sape dia??? perlu aku jwb.hmmm..tak kot..cuma dia mcm matahari yg selalu bersinar. tak tahu jugak?? pandai2 lah korg cari maksud tu.aku pun lagi tak tahu.muahahahaha!!!

dzul pesan: the sun that always shine never been alone.the moon,the cloud and the wind will always be there.and I will be the light that shine with you.peace!








Oct 21, 2010

Gambar Favourite Aku!



ni gambar buat aku gelak sorg2.kuasa POSE!!!! hahaha!!

Bermonolog Sorang

musim final dh dtg..org lain dah sibuk buat short notes,ddk atas meja study apa yg ptt.aku pulak menghadap laptop berfb dgn blogging.haishh..apa nak jadi dgn aku ni.mkin dkt final mkin mls aku.mgkn sbb aku fikir x sbr nak balik swk.tggl 3 mggu lagi nak balik.hehe..

tp,before balik tu aku kena hadapi 6 paper.adooiii!! sama je masa kat diploma dulu.paper aku mesti x kurang dr 6.jeles dgr org yg ada 2 paper je.huhu...

buat masa ni aku perlukan kata semangat nak teruskn dgn nak stdy tp ada yg berlaku kat aku buat aku senyum je.yelahhh,aku bkn gila tp kdg2 sekali sekala seronok apa slhnya.hoho..

aku bukan jenis yg berani.segan tu pun ada.aku ni ckp mmg byk tp ada certain benda tu aku mmg x dpt nak ckp lebih.org ckp terkelu.pakai kiasan je.haha..!

dah la..mls pulak nak citer.bkn hal besar pun sbb ni pasal aku.haishh...baru ingat nak belanja mkn,jln2 tp bila fikir balik slow2 lah.kan?

dah,aku stat merapu ni.FOKUS lah dzul! final ni.skrg ni masa kau nak buktikan sesuatu.biarla aku monolog sendiri.sebelum tdo tu biarkan aku jd gila sorg2.haha..! tu je..

Oct 19, 2010

Audition Pertama

apa yang aku fikir waktu tu pun aku tak tahu.yang pasti kwn aku yg nak aku msk audition ni.audition mencari host tv3 yang baru kat fakulti mass com.dgn takde persediaan langsung,aku dgn konfiden pergi dgn kwn aku yg lain,cik nisa dgn leslie.kami naik bas trs dr fakulti aku sbb kami ada cls eco.

dlm nak pergi tu aku fikir dlm hati.betul ke apa yg aku buat??? sampai sana kami sesat tp akhirnya ada org yg tunjukkan jln. msk je situ aku terus isi borang.aku giliran yg ke lapan.lps tu dia bagi satu skrip yg mcm ala2 999 utk aku baca. dgn nervous tahap nak mampus.aku berlatih ala kadar sbb tak dpt nak fokus lps tgk peserta lain yg hebat2.dorng kebanyakkan dari fakulti mass com sendiri yg dah biasa tededah dgn dunia pengacaraan ni.aku pulak sesat dr fakulti lain.sape yg tak cuak??? huhu..

tgh berlatih tu dtg lagi kwn2 aku yg lain bg support.ni baru audition,dorg dah bg support mcm tu.terharu aku kat situ.lps tu tiba giliran aku.sebelum msk aku baca doa tp aku msh tak dpt hlg nervous.msk2 je aku trs nampak judge dorg.judge kami zainal ariffin.pengacara misteri nusantara okeh.makin bertambah nervous aku ni!

lps tu dia psg mike kat aku.klip apa yg ptt dan start rakaman.mula2 kenalkan diri dulu tp mmg sumpah aku nampak nervous yg terlampau.belum hbs aku baca skrip,dia mintak aku mengacara rancangan sendiri.dorg mintak aku promote putrajaya yg aku x penah pergi langsung.jadi aku mintak aku nak promote kch sbb lagi sng kalau dah tahu.dgn spontan aku terus bercakap.yg penting pandang kamera.nervous tak hlg lagi.tgn dgn kepala lutut mengigil yang amat!

hbs je sume tu dorg ckp terima kasih.aku pun ckp benda yg sma.wktu aku nak keluar dr bilik audition,terus ally iskandar msk.aduhhh..

apa yg aku blh ckp yg aku mmg tak konfiden dpt lepas sbb aku yakin yg aku buat tdi bkn yg terbaik.masalah aku mgkn sbb aku krg persediaan dan gementar yg terlampau.lps je sume tu,kami gerak pergi puncak alam nak cari rmh sewa next sem.dlm kami pergi tu,aku msh terfikir benda bengong yg aku buat.hahaha!! ada rezki aku bersyukur.kalau takde,lain kali ada peluang lagi.


Oct 17, 2010

Cuti - Cuti Melaka

lama jugak aku tak update blog.last update pun 3 minggu lps.busy punya pasal smpai mlas nak update.ada jugak aku bukak blog tp mls nak tulis.cuma baca update blog yg aku follow tp aku sendiri mls nak update.huhu..

kalau aku nak tulis satu persatu apa yg berlaku mmg sampai raya thn dpn pun tak bhs.haha..jadi aku update apa yg berlaku dkt2 aku update skrg..ermm...mula2 psal 10.10.10.takde special sgt cuma esok nya 11.10.2010 merupakan hari jadi ibu tersayang aku.thn ni aku dpt wish pakai handphone je sbb jauh di perantauan.perasaan terharu tu mmg ada tp tuntutan kat sini lagi penting.minta maaf byk2 ye mak..huhu..

lps tu hari jumaat lps hari jadi kwn aku jugak.lbh krg kwn baru aku kat sini.hari jadi samsul dgn cik husna.dua2 sempat aku wish.hehe..

hari jadi cik husna ni special sbb kami hari tu jugak konvoi 3 buah kereta pg melaka.dorang ajak aku pg sekali.aku setuju sbb aku mmg nak sgt pg tmpt2 baru.jrg ada peluang.aku tak ambik masa lama nak buat keputusan,org ajak aku pg.hehe..

hari jumaat kami gerak dlm pkl 12 lebih.aku tumpang kereta shafiq dgn chong sekali dgn izan.jd 4 org dlm 1 keta.ada lagi 2 buah keta yg ikut.

tujuan utama trip ni sbb dorg nak buat clearance.jd alang2 tu dorg nak ajak jln2.aku mmg excited.jnji jln2.wah!! happy tak terkira.dr tgh hari kami gerak dlm pkl 1 pagi baru blk rumah atuk shafiq.sebelum tu kami pg Dataran Pahlawan.lps tu pg jugak Jonker Walk.mmg terbaek la tempat2 kat melaka ni.rumah2 kat sini pun cantik2.

hari sabtu pulak kami gerak pg Wonderland Melaka.mcm sunway lagoon jugak.tempat tu kat ayer keroh.entrance msk cuma rm30.murah pulak tu.terbaek la!

waktu tu jugak aku sempat buat kwn baru.ada bdk ex-tourism melaka ikut.dorg sume mazri,acap dgn kerol.dorg pun join.jdi kami pun ada la borak sikit tp aku lagi byk borak kat mazri sbb dia sama keta dgn aku..sorry lah kalau aku byk ckp.haha!! sampaikan cik husna pun ckp aku ni byk sgt ckp.adoii cik husna.ada je nak tambah ye.hoho..

kat wonderland tu ada mcm2 game.aku try sume.aku tak peduli.sumpah seronok sgt!!!!!!! lbh2 lagi kita keluar ramai2.mmg terasa seronok..tq la korang ajak aku.lps mandi lbh krg 4 jam,kami gerak pg minum coconut shake.sgt sedap okay! aku minum 2 sekali.haha..otw nak pg sana,sume dah terlentok mengantuk.aku pun mengantuk tp tahan je sbb tak sampai hati tgk alan drive sorg.huhu..

lps minum baru ada tenaga sikit dan aku mcm biasa akan bercakap sepanjang aku dlm keta.smbg balik gaduh cik husna.hahah!!

lps tu pg mana aku pun tak ingat tp aku ada beli makanan org melaka sbb nak post kat kch.byk jugak lah tp puas! hehe..

otw balik,aku cdgkan kami main teka-teki sbb nak hlg mengantuk.dlm keta tu ada aku,alan,ecah,jong, dgn mazri.kami main teka-teki sampai la kat kwsn rehat.kat situ kami bayar duit keta dgn myk sekali.jd lps tu dah settle.kami balik lewat jugak.otw nak msk meranti,aku kena tulis nama kat pak gad sbb msk lmbt.aku mls nak bg alasan knp aku lmbt sbb penat.

tu je yg berlaku setakt ni.gambar nanti aku upload.aku pakai line wireless,jd lmbt sikit nak upload.huhu..

dzul pesan: terima kasih byk2 kat chong,shafiq,alan,husna,echah,jong,finas,wanis,izan,didi sbb sudi ajak aku jln2 kat melaka.korg mmg HEBAT!! =D