Jul 31, 2010

Adi - Tafsirkan Cinta

Mula2 aku dgr lagu ni kat Mentor Final yg aku tgk live aku mmg dah suka.melodi dgn lrik pun bez.hari2 aku dgr kat mp3 aku.dah hafal pun lirik.haha..! kalau dah tak buat apa2 mesti dgr lagu ni byk kali.haha..!! suara Adi pun sedap jd kene la dgn lagu mcm ni.korg dgr sendiri ye.hehe..




Jul 21, 2010

The Sexy Chef's!!

21 Julai - 9.10 p.m.
Oops.. kontroversi pulak entry aku kali ni.haha..! saja nak tarik perhatian lbh ckit.wah..! haha..! OK! Back to the real topic. Sebenarnya hari ni hari yg sgt seronok. Knp? Aku dpt duit ke? Aku dpt awek baru ke? Oh tidak.hehe..

Hari ni aku ada kelas kitchen. Dlm kelas yg selama 6 jam ni dr pkl 3.30 ptg smpailah pkl 9.30 mlm kami akn memasak di dalam dapur uitm ni.serius aku ckp mmg seronok dpt masak betol2. Aku pun mmg excited.dlm kelas aku ada 8 org semuanya dan semua tak ada basic dlm kelas memasak ni sbb kami mmg asal dr tourism bkn culinary.

Hari ni aku dtg lmbt ke kelas. 5 minit lg kelas nak start aku baru trn dr kolej. Tak lah juah tp penat sbb aku kena naik bukit pakai safety boot yg khas utk kelas kitchen nanti. Kasut tu mmg berat sgt.siap ada besi lagi kat dlm kasut tu utk tujuan keselamatan. Byg je lah.dahla lmbt,naik bukit pulak nak pegi kelas dgn kasut yg berat.huhu..

Sampai je kat kitchen tu,nasib baik lecturer blm dtg lagi.fuhh..mmg lega..tak sampai 5 minit lecturer pun dtg. Nasib aku mmg baik. Lps tu kami ada briefing sikit psl apa yg kami akan masak termasuk lah appetizer, soup, main course dgn desserts. Aku ditugaaskan utk buat desserts dgn Pija. Jd kami pun pergi la bahagian Pastri nak cari satu bilik nama Chocolate Room. Aku suka buat dgn desserts ni sbb manis.aku sebenarnya nak rasa dulu dr coursemate aku yg lain.haha..! jahat kan aku ni.hehe..

Cari punya cari tak jugak jumpa lecturer lain yg sepatutnya handle desserts. Last2 kami berdua msk kitchen balik tlg coursemate yg lain. Aku pun pergi bahagian soup. Ni mmg first time aku dan kwn2 aku msk ni jd mmg byk brtnya soalan kat chef. Ye lah.takut jugak ada yg terlebih dan terkurang.

Nama soup aku ‘Soup Durbary’. Bunyi mcm sedap kan tp mmg sedap pun lebih2 lagi kalau cecah dgn roti.fuhh..memang layann…haha..! nak tahu mcm mana nak masak? Aku rasa aku ingat lagi.hehe..

Mula2 kita potong dulu 'cauliflower’ dgn bawang besar. Lepas tu kita panaskan kuali dan letak butter utk menggoreng. Kalau dah panas kita letak ‘cauliflower’ dgn bawang besar yg dah kita potong tdi. Goreng sampai masak. Oh ya..before tu korg kena buat stok ayam dulu.campurkan serbuk ayam dgn bawang besar dalm satu periuk yg dah diisi air.biar mendidih kjp. Dah siapa semua, masukkan stok ayam yg korg buat tdi dlm kuali yg korg gunakan utk menggoreng tdi.campur je.lps tu rebus sampai cauliflower tu lembut.bila dah lembut korg kena sejukan dulu. Lepas dah sejuk korg masukkan semua tdi kat dlm blender dan blend bahan2 yg kat dlm periuk tu. Blend sampai hancur betol2 dan letak dlm mangkuk.dah tu, ambik cream utk memasak tu dan campurkan dlm bahan yg dah diblend tu.last sekali baru letak garam utk sedikit perasa. Lepas tu siap dan boleh dimakan . hehe.. bunyi mcm susah kan tp sebenarnya senang je kalau dah tahu. Satu lagi mmg sedap.aku mmg dah rasa.mmg puas hati.

Kelas kami hbs awal dlm pkl 6 ptg mcm tu. Dlm pada tu jugak kami mabik kesempatan dgn begambar dgn pakaian chef dan makanan yg dah siap kami present.jangan jealous ye.haha..!

Memang sangat seronok kelas aku ni sbb kita buat betol2 dan bkn secara teori. Pembelajaran akan lagi seronok bila kita akan praktikkan. Kelas ni yg aku tggu setiap mggu selain kelas event management dan kelas park recreation sbb aktiviti kami kat luar.hehe..

Aku rasa tak byk yg aku nak cter sbb aku pun dah lupa apa yg berlaku before ni. Apa yg aku dpt ckp,aku rasa happy kat shah alam ni. Byk sgt benda baru. Kwn2 pun dah ramai.tu yg buat aku lagi seronok bila belajar.setakat ni je.. salam perantauan.. =)








Jul 18, 2010

Cerita Lagi

dah dekat 2 mggu aku kat sini tp msh tak berjln dgn lancar course yg aku ambik.haishh..

smpai sekarang aku msh tak dpt reg 1 sbjek.lps tu ada jgk jadual yg clash. aku dah xfaham. nak salahkan siapa dlm hal ni pun aku tak tahu.

utk pengetahuan korg jgak,aku ambik minor hotel management jd byk la brg2 yg perlu aku beli sbb aku pun ada kelas memasak.jd aku pun kena beli segala peralatan termasuk baju yg ala2 chef tu.aku ni tak reti sgt memasak jd payah la kelas memasak bg aku ni.aku pun ada jugak kelas food serving dgn housekeeping.mostly kelas aku kat hotel uitm ni. blh thn jgak hotel ni walaupun cuma 3 bintang.

semalam hari sabtu aku keluar pg mid valley dgn pakcik dan sorg lg kwn dia,encik hafeez.aku pun nak beli baju putih utk kelas housekeeping.rupanya hari sabtu hari tanpa beg plastik jd aku terpaksa la byr 20 sen.aku pun baru tau.huhu.. jln punya jln aku jumpa la baju yg aku cari tp ada jugak aku terbeli brg yg tak termsuk dlm list aku.hehe..

aku beli sweater dgn buku satu.novel la.novel lagenda bdk setan. tak baca lagi.hehe..
kami balik lebih krg pkl 8 lebih.bila dlm ktm tu mmg mcm sardin.aduii..penoh nak mampus.dhla 8 stesen aku kena berdiri. sabar je la.

satu lagi berita yg sedih aku dpt hari jumaat tu.aku dpt call dr radio ERA.rupanya resume yg aku hanta tu diterima.huhu..tp aku terpaksa tolak sbb aku dh smbg blajar.aku ingatkan aku tak dpt sbb dorg tak bagi feedback.lagipun dorg nak yg full time jd aku mmg tak dpt nak quit blajar.aku tkt mak bapak aku yg bising nanti jd terpaksa jgak terima hakikat walaupun aku ni tahap sedih nak mampus.huaaa...

setakat ni aku diam je lah.nak buat mcm mana lagi.InsyaAllah ada rezki aku kat luar nanti.dulu Top Host tak dpt,skrg ni pulak radio ERA.huhu..

kelas aku setiap hari pkl 8.30 pagi.ada jugak yg smpai malam kelas aku.adoii..mmg byk dugaan sejak msk degree ni.payah sgt tp teruskn jugak sbb 2thn.tak lama 2 thn tu.huhu..

aku rasa tak ada apa sgt aku nak update.sedih lagi ni.huhu.. salam perantauan..

Jul 14, 2010

Luahan

Sukar utk aku gambarkan perasaan aku sekarang ni. Mungin nak adapt suasana baru sukar utk aku buat sekarang ni.haissh.. asyik mengeluh aku ni sdgkn aku tahu hakikat nya tak boleh selalu boleh mengeluh. Kenapa aku tak boleh elak dr apa saja keadaan yg membuatkan aku mengelamun.adoii.. ada saja yg buat aku terfikir dan kdg2 senyum sendirian.haha..! mcm angau je aku ni sdgkan hakikat nya tak.

Bila difikirkan aku ni seorg yg mudah mesra dgn org tp bila kat sini aku dah jd mcm org lain.agak senyap di dlm kelas.mmg totally different dr aku zaman diploma dulu. Mungkin betol la yg kwn aku ckp enjin kami ni belum panas lagi. Tu yg msh malu2 nak berkenalan dan bercakap lg mesra.huhu..
Dr apa yg aku perhatikan, aku dgn semua org sama saja bila kat tempat org. ye la kan,kat tempat org kita kena la jg perilaku kita. Ingat asal usul yg kita org perantaun. Cewahh, mcm jauh je tempat aku pergi padahal msh negara yg sama.haha..! Ngok ngek tol aku ni.

Masuk bln ni dah 3 bln aku tak tahu khabar berita kwn aku.nak jugak tahu keadaan dia kat sana. Aku nak sms pun takut aku ni menyibuk. Ye la..sape la aku ni kat mata dia.huhu.. kdg2 aku nak tggu dia tnya kaba aku dulu tp aku tahu benda tu ssh nak berlaku.nak tggu aku pulak yg tanya kaba dia mmg payah lbh2 lagi mcm2 yg aku fikir. Cthnya mcm, dia bzy la,xda simpan no.fon aku la,dia tak nak layan aku la dan mcm2 la assumption yg aku buat yg aku sendiri betol ke tak.payah kan jd aku ni? Melalut jugak aku ni.haha..!

Pernah tak korg rasa rindu kat seseorg bila korg tengok sesuatu yg buat korg ingat kat seseorg tu mcm tgk McD, warna favret dia, apa yg dia selalu sebut kat korg. Mesti pernah kan? Hakikat nya benda tu selalu membuatkan kita mengelamun dan kdg2 senyum sendiri.pelik kan? Haha..! lain org lain cara nya. Mcm aku ni mesti aku akan senyum sorg2 tak kira la dlm kelas ke,dlm bas ke, tgh dgr mp3 ke.apa saja keadaan ataupun aku tertengok sesuatu yg buat aku teringat kat kwn aku tu.haishh..
Teringat pulak lagu “Halo” dr Beyonce. Setiap hari mesti teringat walaupun sekejap trutama klau nak tdo.mest bermain kat kepala otak aku ni mcm2 yg aku fikirkan.penat ooooo…haha..!

Aku ni jenis yg tak reti ddk diam lebih2 lagi hakikatnya aku ni bdk tourism yg suka berjln.nak je aku jelajah Shah Alam ni tp aku tak reti pulak mcm mana. Kalau ada org ajar mmg aku suka explore. Aku rasa dlm masa 2 thn aku kat semenanjung ni aku nak jelajah satu semenanjung.korg rasa cukup tak? Dr perlis sampai lah johor tp ada teman la.nak pergi sorg pun aku tak konfiden sgt sbb baru first time.hehe…

Setakat ni dulu tinta aku buat masa sekarang.nak logout dah..InsyaAllah aku akan update kalau ada kelapangan. Salam dr Perantauan…

Jul 12, 2010

Baju, Tangga dan Pedas

12 Julai

Hari ni merupakan first time aku msk kelas food service start pkl 8.30 pagi sampai pkl 2.30 ptg. Huhu.. mmg lama sbb kami perlu serve org waktu lunch nanti sbg latihan praktikal di dlm kelas. Selain itu jugak kami kena beli outfit yg sebijik mcm waiter mcm bowtie, vest dan apron. Mmg byk jugak duit dah keluar nak beli brg2 ni tak termasuk lagi buku2 dan kelas yg lain.huaa…

Tp dr apa yg aku lihat kelas ni sgt menarik, lagipun kami tak perlu blajar dr buku sgt tp lebih ke arah praktikal dan skill.hehe.. nak tahu tak kelas pagi tdi cuma ada 7 org saja dan semuanya cosmate aku waktu zaman diploma dulu.haha..!! aku rasa byk student pilih group ptg sbb nanti dorg dpt bgn lewat.huhu..

Bgi aku lebih baik ambil pagi sbb kita lagi segar. Ptg pulak dpt smbg tdo dan dpt jugak dpt jln2 kan? Hehe..Aku sebenarnya tak sabar nak masuk kelas Event Management. Mesti seronok bila kita belajar mcm mana nak organize sesuatu event. Aku harap assignment kelas ni nanti kami diarahkan organize satu event. Mesti best!! Happy aku nak tgk apa yg berlaku kat dlm kelas ni nanti.

Pagi tadi kelas kami hbs awal. Lebih krg dlm pkl 10 pagi dah hbs sbb kami tak dpt start kelas kalau tak ada baju yg sesuai dan customer yg perlu kami serve.jadi kami pergi la cari Puan Sabrina nak beli baju outfit yg dah ada. Aku cuma beli bowtie dgn vest. Tu pun dah RM 55.huhu.. Apron dgn baju putih fakulti tak beli lagi sbb tak ada saiz dan kena tempah jgak.dia ckp dlm 2 mggu baru sampai.

Lepas je selesai smua,aku nak uruskan KWSP.aku tak tahu mana Pejabat Bendahari jd aku call Kak Zati.nsb baik lah dia tahu.hehe.. sumpah aku ckp mmg tggi tangga kat sini.penat nak mampus.dahla dgn tie tambah lagi ksut formal tgh2 panas.aduhh.. mmg dugaan la.huhu..akhirnya sampai jugak aku tempat yg dituju.nsb baiklah tempat tu ada aircon.sejuk ckit.hehe.. srt KWSP tu siap terus jd aku perlu tggu dlm 10 minit mcm tu.OK lah dr aku tggu sehari dua lagi.siap je aku terus balik tp naik bas UiTM sbb dah tak larat nak balik jln kaki.huhu..penat ooooo…..

Hari Ahad lepas kami pergi buat kad matrix kat Dewan Annex. Utk aku yg tak pernah pergi mmg mcm rusa dlm kpg.tempat tu lagi tggi dr pejabat bendahari.lepas tu pakai formal jugak.adoiii..patutlah org ckp UiTM tu mksd nya Universiti Tangga Malaysia.huhu.. Tinggi ooooo…. tp kami pergi dlm pkl 9 mcm tu naik bas dr kolej kami ni.kami tgk papan tanda je nak pergi dewan tu.nasib baik lah jumpa sbb kami tgk klau ada ramai org kat situ lah tempat nya.hehe..

Proses ambik gambar kad matrix tak lah lama tp kena tggu giliran jugak. Tu yg buat jd lama tp tak apa lah sbb ada aircon.sambil tu aku dgr la mp3 aku.aku ambik gmbr2 lebih krg 2 kali.hehe.. selesai je terus balik sbb penat. Aku pergi dgn cosmate aku dgn fahmi sekali.

Malam tu jugak aku keluar mkn dgn mantan mpp Kelantan yg aku knl dulu. Pakcik Din, Nora dgn sorg lagi kwn dia. Rasanya kan sejak aku jd mpp dulu byk kwn dah aku kumpul dr serata msia.haha..! kami mkn kat food court seksyen 2 tu shj. Aku order kuew tiaw bandung.bunyi mcm sedap tp mmg blh thn tp mcm biasa pedas.huaaa..

Aku tak faham lah..sejak aku mkn kat sini aku mmg selalu ckp tak nak pedas tp makanan yg aku order tu mmg tak pedas tp dorg msh jugak letak lada sulah ataupun cili hidup yg besar.tak pun cili padi dorg goreng sekali dgn nasi.dorg tak faham ke mksd aku tak nak pedas tu?? Huhu.. aku ni dah la tak mkn pedas.makanan yg aku order kalau pedas mmg tak habis. air kalau boleh sampai 10 cawan baru cukup.haha..!

Haishhh..rindu pulak aku nak mkn mee kolok dgn laksa swk.haha..! setakat ni saja tinta aku.mcm biasa aku update kat CC.hehe.. salam perantauan..

Jul 9, 2010

Kelas Degree

9 Julai - 8.16 p.m.
Kelas aku start pada hari Khamis lepas.bagi aku kelas hari Khamis lepas agak kelam kabut sbb kami x tahu lagi group kami.adoii..mmg pusing jugak kepala aku pikir kan hal ni.dahla kelas sampai pkl 10.20 mlm.tak pernah2 aku ada kelas malam.huhu..

Kecoh jgak bila difikirkan apa yg ptt kami buat.aku pun dpt beberapa perkara yg perlu aku selesaikan mcm PTPTN, surat KWSP dan sebagainya.nasib baiklh CC dekat kat sini.haha..

lama jugak aku ambik masa nak update blog ni sbb kat kolej aku xde wireless dan broadband aku lupa kat swk.pandai kan aku ni? aku pun xtahu mcm mana la broadband aku blh lupa sdgkn benda tu yg aku pkai hari2.huhu..

Lepas ni mmg lagi ssh aku nak update blog,fb dan sebgainya.mmg betol la ckp org bila dh sampai degree ni mmg busy yg amat sgt sampaikan masa sendiri pun takde.huhu..

Sampai kat sini saja tinta aku buat msa sekarang.sekarang ni aku nak pergi mkn.
Aku rindu kat keluarga dgn kwn2 aku kat swk.jaga diri semua.salamm...

Jul 7, 2010

Tinta Aku Di Shah Alam

7 Julai - 7.53 p.m.

Akhirnya ada jugak aku peluang nak tulis blog setelah aku menjejakkan kaki ke bumi Selangor ni 5 hari yg lepas. Byk yg brlaku semenjak 7 hari yg lps. Aku sampai kat sini pd 1hb Julai pkl 1.35 p.m. flight aku tak delay tp waktu nak ambik luggage tu lama sgt. Memang sah beg aku merajuk nak keluar.haha..! yang hantar aku kat airport cuma mak,adik aku yg plg bongsu dgn atuk aku. Mula2 aku tahan air mata ni tp bila tgk mak aku menangis aku pun sama jgak join.haha..! mmg tak dpt tahan klau kita tgk mak kita menangis.huaa… belum apa2 aku dah rindu kat family dgn kwn2 kat swk.huhu..

Aku sampai LCCT aku dijemput oleh Nawal dan Zue.dorg nak hantar aku kat KL Central sbb aku nak naik teksi pg tempat tggl sementara aku.jd dalam kereta tu aku borak la dgn dorg.aku ada jugak bagi kek lapis sbg tanda terima kasih.hehe..

Sampai je LCCT,aku trs jmpa mak saudara aku.kami pun trs naik teksi pg PUSPANITA sbb kat situ la tmpt tggl aku.semalam RM60 tp bilik mmg mewah.siap ada aircond lgi.hehe.. sampai je bilik aku rehat jap sbb penat sgt.aku pun tertido la kejap.dlm pkl 4 mcm tu aku bgn,trs solat asar dan gerak pg beli brg keperluan.tp aku beli bantal dgn ‘hanger’ shj.penting sgt bantal tu .

haha..! waktu aku nak pilh bantal tu,secara tak sengaja aku terkeluar bhs swk aku kat pekerja kat situ.dgn konfiden aku berkata ‘kak,kat sitok jak kah bantal ada? Sikda kat lain kah?’. Haha..!! kakak tu pun blur lps tu baru aku tersedar yg aku bkn lagi kat swk.haha..! mcm tak percaya aku dah kat tempat lain. Tak byk yg aku beli sbb aku plan bila dh dpt kolej nti baru aku nak beli baldi dan lain2 keperluan.buat masa ni tak perlu sgt.Walaupun aku penat,mlm tu aku keluar lagi lps maghrib.maghrib kat sini pun lewat.mmg ambik masa aku nak sesuaikan diri dgn keadaan masa yg lmbt dr kch.

Malam tu aku keluar pg mkn durian kat chow kit dgn sate kajang tp aku lupa kat mana. Aku pg mkn dgn Kak Zati dgn Mel.nsb baik dorg tak sesat pg tempat tggl aku.hehe.. baru sehari aku kat sini tp mcm2 aku dah buat.tak termasuk esok lusa dan hari2 lain.mmg seronok jugak keluar malam2 kat sini sbb malam kat sini msh hdp.Esoknya aku pg mendaftar kat UiTM Shah Alam. Perasaan aku nervous sbb ni first time aku kat tempat org. Aku tumpang Kak Zati jugak pagi ni. Mel pun ada ikut sekali. Aku smpai awal, sebelum pkl 8.30 aku dah kat dpn Fakuliti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.perasaan aku bercampur.bangga pun ada sbb aku dah sampai kat peringkat ijazah yg aku sendiri tak pernah terfikir akan sampai.

Aku tggu kwn2 aku yg lain sbb dorg belum sampai lagi.bagi aku pendaftaran hari tu mmg tak berjalan dgn lancar sbb mcm tak terurus.bkn nak mengutuk tp tu hakikat yg brlaku waktu pendaftaran. Aku habis berbaris dgn mendaftar dkt tgh hari dan aku pun direct pergi Kolej Meranti sbb nak apply kolej. Alhamdulillah aku dpt. mgkn advantage pelajar dr swk.aku dpt sebilik dgn Rod yg juga merupakan kwn aku wktu diploma dulu. Tapi aku pun dpt roommate baru. Dalam rmh kami ada 6 org.dlm rmh tu ada 2 bilik.satu bilik ada 4 org dan satu lagi ada 2 org. Roomate aku yg 4 org tu asalnya dr semenanjung. Aiman dr KL. Nizam dr Pontian,Johor. Radzlan dr Subang. Fareez pun asal KL. Aiman ambik Mass Com Broadcasting, Nizam ambik A.D. Graphic, Radzlan ambik Tourism sama dgn aku dan Fareez ambik Mechanical Engineering.

Setakat ni kami boleh lagi hidup sbg roommate. Blh thn seronok dgn mereka ni sbb mereka ni friendly.tak berat mulut nak bercakap.lps tu jumpa aku yg sah2 tak pandai senyap.haha..! Boleh dikatakan kami senang get-along. Bersyukur aku dpt roommate mcm mereka.hehe..

Lepas selesai hal kolej aku keluar lagi beli brg keperluan yg lain mcm baldi dgn Kak Zati,Mel, Rod dgn ayah Rod sekali.kami pergi beli kat Bintang.dkt jugak dgn area sini.kami balik sebelum pkl 5 sbb kami nak hantar maklumat peribadi kat pejabat kolej jugak.dah la byk yg kena isi.bosan nak isi byk borang2 ni.hehe..

Waktu aku isi tu,aku dpt kol dr Zue.mereka ajak keluar nak teman Im beli brg keperluan dia.aku pun ckp OK tp kena tggu aku hantar borang kat pejabat kolej dulu. Seterusnya aku pun keluar lagi.before tu kami minum dulu kat McD. Waktu kat McD aku mmg dah tak tahan nak kencing jd aku direct pg toilet. Dlm toilet tu ada 2 org trmasuk sorg pekerja McD yg aku tak nak ckp tgh buat apa, aku tnya la ada tak org dlm toilet,dia geleng. Aku bukak pintu tp kunci.aku dah pelik.lps tu aku dah rasa tak sedap badan. aku terus keluar.waktu aku keluar tu aku dpt rasa mcm punggung aku dipegang oleh slh sorg dr mereka.aku toleh dan dorg 2 tu tgh senyum.aku dah mmg takut terus keluar tp aku still nak buang jugak.aku terus pergi toilet utk OKU.aku peduli apa sbb aku mmg dah tak tahan. Seram sgt kat toilet tu.menakutkan.belum apa2 dah kena raba.aku terus crita kat Im, Zue dgn Nawal.huhu..

Disambung lagi. kami beli brg Im kat The Store. Mmg byk lah yg Im beli dkt RM150 jugak keluar.tp waktu kami beli tu sempat jugak bermain dlm shopping complex.haha..! dah masuk degree tp perangai mcm2 budak2 msk tadika.hadoii..

Then kami terus balik. Lps tu baru aku ada peluang nak kemas brg2 aku.tak lah byk sgt brg2 aku.muat lagi almari yg kecik. Malam tu semua roommate aku balik rmh.yg tggl cuma aku dgn Rod. Kami pergi dinner sama kat area kolej kami ni.mlm tu kami tido awal sbb kepenatan yg amat sgt.dlm pkl 11.30 dah tido.

Hari Sabtu pulak kami duduk kat bilik dan tak buat apa2.nak pergi keluar cuma nak mkn. Lps tu ddk kat bilik seharian. Kami pun tak tahu lagi jln2 kat sini jd ddk je kat bilik.

Hari Ahad pulak aku keluar pg Plaza Alam Sentral lps hantar Mel pg register kat fakulti dia. Ni first time aku dtg sini.blh thn jugak besar. Sempat jugak aku beli kek kat situ.nampak sgt menarik.haha..! kami terus balik sbb kami tak plan nak pergi mana2 pun.

Malam tu ‘pakcik’ aku ajak aku keluar dlm pkl 8.sebenarnya bkn pakcik aku tp kwn aku yg mcm pakcik yg aku kenal wktu mereka melawat swk dulu.haha..! dia ajak aku pergi Auditorium MBSA Shah Alam tgk Mentor Final. Mmg excited jugak aku tgk ‘live’. Walaupun kami ddk ats sekali tp boleh lah utk pengalaman.hehe.. ada jugak aku ambik gmbr sepanjang perjalanan konsert tu. Peminat setiap protégé memang fanatik. Aku sokong Adi dgn Nani.hehe.. malam tu Mohd menang,protégé kpd Ziana Zain. Adi pulak dpt no.2 dan Nani no.3. Lepas je umum pemenang kami terus balik.dlm konsert tu jugak aku dpt tgk Farah Fauzana dgn Adibah Noor kat dpn mata aku. Tp tak sempat la nak ambik gmbr sbb aku tgk dorg mcm nak cepat.

Before balik kami singgah kat McD tp drive thru sbb tkt lambt.aku ni tggl kolej. Jam pun dah dekat pkl 12.aku risau la pagar nanti ttp. Tak pasal2 aku kena panjat.belum apa2 dah buat hal.haha..! tp Alhamdulillah,pagar bukak lagi.hehe.. malam tu aku dinner McD dgn sorg roommate aku sbb dia ada pesan kat aku jugak. Apa2 pun terima kasih kat ‘pakcik’ sbb sudi bawak aku pg konsert Mentor. Lain kali bawak tempat lain lagi.haha..!

Hari Isnin aku trn pergi fakulti kami sbb nak hantar borang kat pejabat.kami jln kaki pergi fakulti.nasib baik dkt.mcm trn dr kolej Mulu pergi kantin kat Kolej Gading. Sekali lagi pendaftaran tak berjalan dgn lancar.kami tggu sampai pkl 9 baru ada taklimat ringkas psl borang yg kena kami hantar. Akhirnya aku ambik minor Hotel Management walaupun pada awal aku nak ambik Culinary.

Kami balik dkt pkl 11 pagi sbb smua dah kelaparan. Tempat mkn pun tak tahu kat mana.last2 kami beli nasi lemak kat gerai dpn pagar kolej kami,alahai,sian je.huhu..

Aku balik bilik trs cuci baju sbb dah basah dgn peluh aku.lepas tu aku tido la.penat sgt harini wlaupun tak byk benda buat cuma krg puas hati waktu kat fakulti tadi.huhu..

Bangun je tdo,aku solat jap lps tu aku update blog ni tp aku taip kat word dulu.haha..! sbb sini takde wireless jd kena pg CC.nanti aku copy paste yg aku tulis kat sini.hehe..

InsyaAllah ada masa terluang aku akan update lagi sbb ni shj cara aku nak bagi tahu perkmbangan aku terutama kwn2 aku kat swk.sumpah,aku rindu kitak org…!

Setakat ni je buat msa sekarang. Maaf klau entry ni pjg sgt dan korg bosan nak baca.hehe.. salam. =)