May 29, 2010

Aku Jatuh Cinta Lagi..

sebelum korg baca blog aku ni.aku nak minta maaf kalau ada meyinggung perasaan org.yelah,tak smua suka apa yg kita suka tp ni hnya luahan hati aku.selamat membaca..

wahh..sungguh aku tdk menyangka inilah yg brlaku pd diriku.entah knp sejak 10 minggu ni aku rasa debaran tiap kali aku dgr,tgk atau tatap facebook dia.memang aku dpt rsakan getaran ini.huhu..adakah dia dpt merasa perasaan ini.dia mmg gadis yg comel.suara mmg ibarat buluh perindu.tiap hjg mmgu pasti aku sms dia agar tdk pergi mana2 stiap mggu dan terus menyanyi utk aku.aduhai..syahdu sungguh suaranya..stiap kali dgr aku mmg cair.biarlah org nak kata apa ttgnya.aku tak kesah jnji dia ada stiap mggu menemani mlm mggu ku.oh..kamulah juara hatiku..walau apa pun berlaku,yg pasti ku ada kamu..msti korg tertanya sapa gadis itu.pertama kali aku jumpa dia,dia buat aku GAGAP.tak terkata sbb kecomelan dia.setelah smggu berlalu dia sudah BERTAMU DI KALBU aku.aku pasti yg dialah orgnya sbb KU PERCAYA ADA CINTA.KINI dia yg satu.hanya dia yg aku syg.BIARLAH org nak kata apa.jnji aku bahagia dgn diri aku.tiba2 aku tringat lagu lama SRI MERSING.begitulah ibarat suara nya.aduhh...lagu favret ku oleh gadis ku..wahai kamu,akan ku berikan smua kpd kamu.bak kata mariah carey dlm lagu MY ALL.stiap mlm pasti aku mengarang AYAT-AYAT CINTA utk kamu..aku terasa KITALAH BINTANG bila melihat kegelapan malam yg sejuk dan mendamaikan.kita berDUA sdh buatkn aku bahgia.tdk perlu MERCY sbb yg pasti aku sdh ckp2 bahagia.msti ramai yg ingin meniru gayamu yg sentiasa menarik perhatian org.TIRU MACAM SAYA.itu ungkapan yg buat aku bangga melihatmu dari jauh.apa yg aku karang di sini hanyalah utk kamu.sbb walau apa pun yg brlaku KU ADA KAMU.

ok2..aku bgtau tp korg jgn nak over dr aku.. nama gadis itu Siti Adira.. nk tgk gmbr? ada kat page ni jgak..wajah ini la buat aku cair.. aduhai adira..


KU ADA KAMU

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


May 13, 2010

Sahabat

Sajak ni antara koleksi tinta aku sendiri..

Sahabat..

Banyak definisi sahabat..

Kawan, rakan, teman, member dan sebagainya..

Namun mereka ada satu persamaan..

Dia seorang manusia yang menjadi peneman kita di kala senang mahupun susah..

Susah untuk mentafsir sahabat sendiri kerana tak semua sahabat sempurna..

Mereka juga manusia biasa..

Siapalah kita tanpa sahabat..

Ibarat sebatang pen yang tidak bertuan..

Kosong kertasnya tanpa catitan pengalaman..

Warkah yang tertulis tiada erti kerana isinya tiada makna..

Begitu besar erti sahabat..

Sahabat mudah dicari..

Di kanan, kiri, depan dan belakang..

Mereka ada di mana-mana..

Namun..

Sahabat sejati akan tersorok di celah-celah keramaian orang..

Mereka istimewa..

Terlalu istimewa..

Tangisan akan ditangisi bersama..

Ketawa akan dikongsi bersama..

Alangkah indahya jika semua sahabat begitu..

Tapi,

Itu hanyalah mimpi..

Tapi,

Siapa kata mimpi tak boleh diimpikan..

Sahabat sejati yang kamu mimpikan ada di sisi kamu..

Ucaplah bahawa dia sahabat anda..

Sahabat yang paling anda kasihi..

Senyumlah..

Kerana senyum hadiah paling bermakna..

Kepada sahabat-sahabat kami

Terima kasih kerana menyayangi kami

Hanya satu dapat kami luahkan..

Kami Sayang Kamu!..

May 12, 2010

Satu Peluang..

Dalam kehidupan kita, Allah S.W.T akan bagi satu saja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangan buat selamanya, tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah kehilangannya, masa tu baru la kita sedar kehadirannya cukup bermakna. Tapi mungkin kita tak berpeluang lagi untuk memiliki diri nya pada saat itu. Jadi fahamilah hati seseorang itu dengan sedalam-dalam nya dan curahkanlah rasa kasih sayang padanya dengan seikhlas hatimu tanpa perlu meluahkan isi hatimu..


Anda Dalam Kelompok Mana?

Artikel ni aku dpt dr slht satu website jgak la.saja nk kongsi dgn kwn2 aku.nilai sendiri ye.. =D

Renung-renunglah..
Kepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak untuk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yang BARU!