May 13, 2010

Sahabat

Sajak ni antara koleksi tinta aku sendiri..

Sahabat..

Banyak definisi sahabat..

Kawan, rakan, teman, member dan sebagainya..

Namun mereka ada satu persamaan..

Dia seorang manusia yang menjadi peneman kita di kala senang mahupun susah..

Susah untuk mentafsir sahabat sendiri kerana tak semua sahabat sempurna..

Mereka juga manusia biasa..

Siapalah kita tanpa sahabat..

Ibarat sebatang pen yang tidak bertuan..

Kosong kertasnya tanpa catitan pengalaman..

Warkah yang tertulis tiada erti kerana isinya tiada makna..

Begitu besar erti sahabat..

Sahabat mudah dicari..

Di kanan, kiri, depan dan belakang..

Mereka ada di mana-mana..

Namun..

Sahabat sejati akan tersorok di celah-celah keramaian orang..

Mereka istimewa..

Terlalu istimewa..

Tangisan akan ditangisi bersama..

Ketawa akan dikongsi bersama..

Alangkah indahya jika semua sahabat begitu..

Tapi,

Itu hanyalah mimpi..

Tapi,

Siapa kata mimpi tak boleh diimpikan..

Sahabat sejati yang kamu mimpikan ada di sisi kamu..

Ucaplah bahawa dia sahabat anda..

Sahabat yang paling anda kasihi..

Senyumlah..

Kerana senyum hadiah paling bermakna..

Kepada sahabat-sahabat kami

Terima kasih kerana menyayangi kami

Hanya satu dapat kami luahkan..

Kami Sayang Kamu!..

No comments: