Jul 7, 2010

Tinta Aku Di Shah Alam

7 Julai - 7.53 p.m.

Akhirnya ada jugak aku peluang nak tulis blog setelah aku menjejakkan kaki ke bumi Selangor ni 5 hari yg lepas. Byk yg brlaku semenjak 7 hari yg lps. Aku sampai kat sini pd 1hb Julai pkl 1.35 p.m. flight aku tak delay tp waktu nak ambik luggage tu lama sgt. Memang sah beg aku merajuk nak keluar.haha..! yang hantar aku kat airport cuma mak,adik aku yg plg bongsu dgn atuk aku. Mula2 aku tahan air mata ni tp bila tgk mak aku menangis aku pun sama jgak join.haha..! mmg tak dpt tahan klau kita tgk mak kita menangis.huaa… belum apa2 aku dah rindu kat family dgn kwn2 kat swk.huhu..

Aku sampai LCCT aku dijemput oleh Nawal dan Zue.dorg nak hantar aku kat KL Central sbb aku nak naik teksi pg tempat tggl sementara aku.jd dalam kereta tu aku borak la dgn dorg.aku ada jugak bagi kek lapis sbg tanda terima kasih.hehe..

Sampai je LCCT,aku trs jmpa mak saudara aku.kami pun trs naik teksi pg PUSPANITA sbb kat situ la tmpt tggl aku.semalam RM60 tp bilik mmg mewah.siap ada aircond lgi.hehe.. sampai je bilik aku rehat jap sbb penat sgt.aku pun tertido la kejap.dlm pkl 4 mcm tu aku bgn,trs solat asar dan gerak pg beli brg keperluan.tp aku beli bantal dgn ‘hanger’ shj.penting sgt bantal tu .

haha..! waktu aku nak pilh bantal tu,secara tak sengaja aku terkeluar bhs swk aku kat pekerja kat situ.dgn konfiden aku berkata ‘kak,kat sitok jak kah bantal ada? Sikda kat lain kah?’. Haha..!! kakak tu pun blur lps tu baru aku tersedar yg aku bkn lagi kat swk.haha..! mcm tak percaya aku dah kat tempat lain. Tak byk yg aku beli sbb aku plan bila dh dpt kolej nti baru aku nak beli baldi dan lain2 keperluan.buat masa ni tak perlu sgt.Walaupun aku penat,mlm tu aku keluar lagi lps maghrib.maghrib kat sini pun lewat.mmg ambik masa aku nak sesuaikan diri dgn keadaan masa yg lmbt dr kch.

Malam tu aku keluar pg mkn durian kat chow kit dgn sate kajang tp aku lupa kat mana. Aku pg mkn dgn Kak Zati dgn Mel.nsb baik dorg tak sesat pg tempat tggl aku.hehe.. baru sehari aku kat sini tp mcm2 aku dah buat.tak termasuk esok lusa dan hari2 lain.mmg seronok jugak keluar malam2 kat sini sbb malam kat sini msh hdp.Esoknya aku pg mendaftar kat UiTM Shah Alam. Perasaan aku nervous sbb ni first time aku kat tempat org. Aku tumpang Kak Zati jugak pagi ni. Mel pun ada ikut sekali. Aku smpai awal, sebelum pkl 8.30 aku dah kat dpn Fakuliti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.perasaan aku bercampur.bangga pun ada sbb aku dah sampai kat peringkat ijazah yg aku sendiri tak pernah terfikir akan sampai.

Aku tggu kwn2 aku yg lain sbb dorg belum sampai lagi.bagi aku pendaftaran hari tu mmg tak berjalan dgn lancar sbb mcm tak terurus.bkn nak mengutuk tp tu hakikat yg brlaku waktu pendaftaran. Aku habis berbaris dgn mendaftar dkt tgh hari dan aku pun direct pergi Kolej Meranti sbb nak apply kolej. Alhamdulillah aku dpt. mgkn advantage pelajar dr swk.aku dpt sebilik dgn Rod yg juga merupakan kwn aku wktu diploma dulu. Tapi aku pun dpt roommate baru. Dalam rmh kami ada 6 org.dlm rmh tu ada 2 bilik.satu bilik ada 4 org dan satu lagi ada 2 org. Roomate aku yg 4 org tu asalnya dr semenanjung. Aiman dr KL. Nizam dr Pontian,Johor. Radzlan dr Subang. Fareez pun asal KL. Aiman ambik Mass Com Broadcasting, Nizam ambik A.D. Graphic, Radzlan ambik Tourism sama dgn aku dan Fareez ambik Mechanical Engineering.

Setakat ni kami boleh lagi hidup sbg roommate. Blh thn seronok dgn mereka ni sbb mereka ni friendly.tak berat mulut nak bercakap.lps tu jumpa aku yg sah2 tak pandai senyap.haha..! Boleh dikatakan kami senang get-along. Bersyukur aku dpt roommate mcm mereka.hehe..

Lepas selesai hal kolej aku keluar lagi beli brg keperluan yg lain mcm baldi dgn Kak Zati,Mel, Rod dgn ayah Rod sekali.kami pergi beli kat Bintang.dkt jugak dgn area sini.kami balik sebelum pkl 5 sbb kami nak hantar maklumat peribadi kat pejabat kolej jugak.dah la byk yg kena isi.bosan nak isi byk borang2 ni.hehe..

Waktu aku isi tu,aku dpt kol dr Zue.mereka ajak keluar nak teman Im beli brg keperluan dia.aku pun ckp OK tp kena tggu aku hantar borang kat pejabat kolej dulu. Seterusnya aku pun keluar lagi.before tu kami minum dulu kat McD. Waktu kat McD aku mmg dah tak tahan nak kencing jd aku direct pg toilet. Dlm toilet tu ada 2 org trmasuk sorg pekerja McD yg aku tak nak ckp tgh buat apa, aku tnya la ada tak org dlm toilet,dia geleng. Aku bukak pintu tp kunci.aku dah pelik.lps tu aku dah rasa tak sedap badan. aku terus keluar.waktu aku keluar tu aku dpt rasa mcm punggung aku dipegang oleh slh sorg dr mereka.aku toleh dan dorg 2 tu tgh senyum.aku dah mmg takut terus keluar tp aku still nak buang jugak.aku terus pergi toilet utk OKU.aku peduli apa sbb aku mmg dah tak tahan. Seram sgt kat toilet tu.menakutkan.belum apa2 dah kena raba.aku terus crita kat Im, Zue dgn Nawal.huhu..

Disambung lagi. kami beli brg Im kat The Store. Mmg byk lah yg Im beli dkt RM150 jugak keluar.tp waktu kami beli tu sempat jugak bermain dlm shopping complex.haha..! dah masuk degree tp perangai mcm2 budak2 msk tadika.hadoii..

Then kami terus balik. Lps tu baru aku ada peluang nak kemas brg2 aku.tak lah byk sgt brg2 aku.muat lagi almari yg kecik. Malam tu semua roommate aku balik rmh.yg tggl cuma aku dgn Rod. Kami pergi dinner sama kat area kolej kami ni.mlm tu kami tido awal sbb kepenatan yg amat sgt.dlm pkl 11.30 dah tido.

Hari Sabtu pulak kami duduk kat bilik dan tak buat apa2.nak pergi keluar cuma nak mkn. Lps tu ddk kat bilik seharian. Kami pun tak tahu lagi jln2 kat sini jd ddk je kat bilik.

Hari Ahad pulak aku keluar pg Plaza Alam Sentral lps hantar Mel pg register kat fakulti dia. Ni first time aku dtg sini.blh thn jugak besar. Sempat jugak aku beli kek kat situ.nampak sgt menarik.haha..! kami terus balik sbb kami tak plan nak pergi mana2 pun.

Malam tu ‘pakcik’ aku ajak aku keluar dlm pkl 8.sebenarnya bkn pakcik aku tp kwn aku yg mcm pakcik yg aku kenal wktu mereka melawat swk dulu.haha..! dia ajak aku pergi Auditorium MBSA Shah Alam tgk Mentor Final. Mmg excited jugak aku tgk ‘live’. Walaupun kami ddk ats sekali tp boleh lah utk pengalaman.hehe.. ada jugak aku ambik gmbr sepanjang perjalanan konsert tu. Peminat setiap protégé memang fanatik. Aku sokong Adi dgn Nani.hehe.. malam tu Mohd menang,protégé kpd Ziana Zain. Adi pulak dpt no.2 dan Nani no.3. Lepas je umum pemenang kami terus balik.dlm konsert tu jugak aku dpt tgk Farah Fauzana dgn Adibah Noor kat dpn mata aku. Tp tak sempat la nak ambik gmbr sbb aku tgk dorg mcm nak cepat.

Before balik kami singgah kat McD tp drive thru sbb tkt lambt.aku ni tggl kolej. Jam pun dah dekat pkl 12.aku risau la pagar nanti ttp. Tak pasal2 aku kena panjat.belum apa2 dah buat hal.haha..! tp Alhamdulillah,pagar bukak lagi.hehe.. malam tu aku dinner McD dgn sorg roommate aku sbb dia ada pesan kat aku jugak. Apa2 pun terima kasih kat ‘pakcik’ sbb sudi bawak aku pg konsert Mentor. Lain kali bawak tempat lain lagi.haha..!

Hari Isnin aku trn pergi fakulti kami sbb nak hantar borang kat pejabat.kami jln kaki pergi fakulti.nasib baik dkt.mcm trn dr kolej Mulu pergi kantin kat Kolej Gading. Sekali lagi pendaftaran tak berjalan dgn lancar.kami tggu sampai pkl 9 baru ada taklimat ringkas psl borang yg kena kami hantar. Akhirnya aku ambik minor Hotel Management walaupun pada awal aku nak ambik Culinary.

Kami balik dkt pkl 11 pagi sbb smua dah kelaparan. Tempat mkn pun tak tahu kat mana.last2 kami beli nasi lemak kat gerai dpn pagar kolej kami,alahai,sian je.huhu..

Aku balik bilik trs cuci baju sbb dah basah dgn peluh aku.lepas tu aku tido la.penat sgt harini wlaupun tak byk benda buat cuma krg puas hati waktu kat fakulti tadi.huhu..

Bangun je tdo,aku solat jap lps tu aku update blog ni tp aku taip kat word dulu.haha..! sbb sini takde wireless jd kena pg CC.nanti aku copy paste yg aku tulis kat sini.hehe..

InsyaAllah ada masa terluang aku akan update lagi sbb ni shj cara aku nak bagi tahu perkmbangan aku terutama kwn2 aku kat swk.sumpah,aku rindu kitak org…!

Setakat ni je buat msa sekarang. Maaf klau entry ni pjg sgt dan korg bosan nak baca.hehe.. salam. =)

1 comment:

Ary Arif said...

wah2..seronok nampak.. :D